Thursday 13 December 2012

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI NOVEMBER DAN DISEMBER 2012


Perhimpunan bulanan MyIPO bagi bulan November dan Disember 2012 anjuran Bahagian Hakcipta telah diadakan di Dewan IPTC, Menara UOA Bangsar pada 28 November 2012 yang lalu.
.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi MyIPO, YB Dato’ Hj. Abdul Manan Ismail yang telah menyampaikan amanat akhir tahun 2012 dan juga pengumuman bonus akhir tahun.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Rasmi MyIPO serta bacaan doa dan Ikrar MyIPO. Selain itu, acara perhimpunan disusuli dengan pelancaran Tabung Kutipan Derma Untuk Palestin, sesi pengenalan pegawai-pegawai baru, penyampaian hadiah Pertandingan Futsal Tertutup MyIPO dan hadiah kecemerlangan kepada anak pekerja yang berjaya mendapat keputusan 4A dan ke atas dalam UPSR serta meraikan pasangan pengantin baru dan warga kerja yang lahir pada bulan November dan Disember.

Pengantin Baru

Azlina binti Abdul Hamid (Paten) dan Jahar bin Mohd Saleh
03 Nov 2012

Mohamd Hasrizal bin Ramli (Cap Dagang) dan Siti Norjannah binti Abdul Ratan
15 Nov 2012

Abd. Erwan Ah. Zamri (Pengurusan Fail) dan Mawar Hartini Md Mazlan (Hakcipta) 
15 Nov 2012

Anak Cemerlang UPSR

Puan Suraya binti Mohamad (Paten)
Ibu kepada Iman Aisyah binti Zailani (5A)

Puan Siti Hasniza binti Mohdin@Mohd Din (Paten)
Ibu kepada Fadhliza Nurfatihah binti Zulkifli (5A)

Puan Zaiton binti Haris (Cap Dagangan)
Ibu kepada Muhammad Faris bin Ramlee (5A)

Puan Badi'ah binti Hj. Abas (Cap Dagangan)
Ibu kepada Nurul Syazana binti Mohd Fadzil (5A)

Encik Abg Mohammad Montaha bin Abg Sharbini (Caw. Sarawak)
Bapa kepada Dyg. Nur Afifah binti Abg Mohammad (4A 1B)

Sh. Ariffin bin Sh. Mohd Noor (Pengurusan Am & Sumber Manusia)
Bapa kepada Sheikh Ammar Muhsin bin Sh Ariffin (4A 1B)








KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP MyIPO 2012


Pada 3 November 2012 yang lalu, Kelab MyIPO telah mengadakan Kejohanan Futsal Lelaki & Wanita Tertutup MyIPO 2012 bagi pemilihan pemain untuk mewakili pasukan Futsal MyIPO pada Karnival Sukan KPDNKK 2013. Kejohanan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal Centremart, Setapak, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Kejohanan ini telah disertai oleh 7 kumpulan iaitu 4 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan. 


Keputusan Kejohanan adalah seperti berikut:

Keputusan Futsal Lelaki

Johan : Kumpulan 4
Naib Johan : Kumpulan 1
Ketiga : Kumpulan 2
Keempat : Kumpulan 6

Keputusan Futsal Perempuan

Johan : Roughlesia
Naib Johan : Grasshopper
Ketiga : Alpha


Kejohanan ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan kakitangan MyIPO yang berpotensi dalam sukan Futsal ini. Semoga dengan bakat dan kesungguhan mereka akan membawa kepada kejayaan cemerlang dalam Karnival Sukan KPDNKK yang bakal diadakan pada tahun hadapan. 











PENDAKIAN GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS. OKTOBER 2012


Pada 12 Oktober 2012, Kelab Kembara telah menganjurkan aktiviti mendaki iaitu Mendaki Gunung Irau bertempat di Cameron Highlands, Pahang. Aktiviti ini telah diadakan pada 12-14 Oktober 2012.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang sangat mencabar. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti aktiviti pendakian ini. Program ini diadakan bagi menguji kekuatan mental dan fizikal seseorang dan secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang sihat tubuh badan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, berdisiplin, sabar dan menepati waktu dalam diri setiap peserta. 

Sebelum memulakan pendakian, para peserta diberikan sedikit taklimat ringkas, senaman bagi memanaskan badan dan juga bacaan doa. Aktiviti bagi menawan Gunung Irau bermula pada pukul 10.30 pagi dan kesemua para peserta telah berjaya sampai di puncak Gunung Irau pada pukul 6.00 petang.

Pada 13 Okotober 2012, para pendaki yang telah sampai di puncak bersama-sama membantu memasang khemah dan memasak bagi menghadapi suasana malam pada hari tersebut. Para peserta boleh mendapatkan rehat yang secukupnya untuk turun pada keesokan harinya.

Para peserta mula turun ke kaki Gunung Irau pada pukul 9.30 pagi dan berjaya sampai pada pukul 2.00 petang. Misi menawan Gunung Irau dapat dilaksana dengan jayanya  disebabkan oleh kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta. Dalam perjalanan pulang sempat kami meluangkan masa dengan membeli belah dan berehat di Cameron Highlands. Aktiviti pendakian Gunung Irau ini berakhir pada 14 Oktober 2012.










Wednesday 28 November 2012

KEMPEN DERMA DARAH 2012


Pada 22 November 2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bertempat di Dewan IPTC, Aras 12A bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang. 

Seramai 65 orang yang telah menderma darah, iaitu penderma lelaki seramai 32 orang manakala penderma wanita seramai 33 orang. Pecahan penderma mengikut kumpulan darah adalah seperti berikut, kumpulan darah B iaitu 21 penderma, O seraamai 20 orang penderma, A seramai 19 orang penderma dan AB seramai 5 orang penderma. 

Pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Semoga program derma darah ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.








Tuesday 11 September 2012

BOLA SEPAK MyIPO- PERLAWANAN PERSAHABATAN JAN-JULAI 2012


Biro Sukan di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bola sepak sepanjang bulan Januari hingga Julai 2012. Untuk itu, pasukan bola sepak MyIPO telah menjalani latihan fizikal & intensif untuk perlawanan persahabatan tersebut disamping sebagai persediaan menghadapi kejohanan karnival sukan KPDNKK bersama agensi-agensi di bawahnya yang turut disertai pada 16 hingga 23 Jun 2012.
                Pasukan bola sepak MyIPO telah menunjukkan permainan berpasukan yang baik dan komitmen yang tinggi pada perlawanan persahabatan tersebut. Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah disertai:


Teruskan usaha anda demi menaikkan nama MyIPO. Majulah sukan untuk MyIPO!

Monday 27 August 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN



Pada 14 Ogos 2012 (Selasa) bersamaan 25 Ramadhan 1433 Hijrah, Kelab Sukan dan Kebajikan melalui Biro Kerohanian telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Ballroom IPTC (Aras 12A) sempena menyambut Ramadhan. Ustaz Nasaruddin Omar telah dijemput khas untuk bersama-sama mengiringi majlis bersama warga MyIPO yang terdiri daripada tiga kumpulan lelaki diketuai oleh En. Noorhisham Othman, En. Mohd Fadzil Ahmad dan En. Hamim Nasoha. Turut serta juga 7 kumpulan wanita yang diketuai oleh Cik Nirwani Rahman, Pn. Nor Seri Mohamad, Pn. Zuriah Masrom, Pn. Salasiah Othman, Cik Noraini Murti Ibrahim, Cik Azlina Abdul Hamid dan Pn. Rosniza Othman.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Nasaruddin Omar. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah MyIPO, Ybhg. Dato’ Azizan Mohamad Sidin diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) iaitu Tuan Haji Mohd Shahar Osman kepada Ustaz Nasaruddin Omar. Sesi bergambar para peserta lelaki dan wanita bersama Ustaz Nasaruddin Omar diadakan sebagai kenangan dan  diakhiri dengan solat Zuhur berjemaah. Majlis bermula pada 12.45 tengahari dan berakhir jam 2.00 petang.





Saturday 21 July 2012

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA RAMADHAN

Pada 19 Julai 2012 (Khamis), Biro Kerohanian Kelab MyIPO telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di Dewan Ballroom IPTC (Tingkat 12A) sempena menyambut Ramadhan. Bacaan Yaasin tersebut telah dipimpin oleh En Fadhil bin Ahmad daripada Seksyen Pemeriksaan Paten Kejuruteraan. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Yaasin diikuti Solat Zohor berjemaah,Solat Hajat dan Jamuan. Majlis bermula sekitar 12.45 t/hari dan berakhir jam 2.00 ptg.

Biro Kebajikan turut melancarkan Tabung Kebajikan Kelab MyIPO bagi membantu ahli-ahli kelab yang memerlukan.





KELAS ASAS MENJAHIT BAJU KURUNG

Thursday 19 July 2012

أهلاوسهلا يا رمضان AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, kami barisan pimpinan Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Beribadah Di Bulan Ramadhan buat semua muslimin muslimat terutamanya warga kerja MyIPO sekalian.Semoga pengisian Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah dan menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa.

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan Allah dunia dan akhirat..amin.

Tuesday 10 July 2012

PENGANTIN BARU MyIPO



Senarai staff MyIPO yang berkahwin (April-Julai 2012):
  1. Puan Nor Hashila Mohamad Hassim: 22 April 2012
  2. Puan Siti Haslin Abdul Ghani: 05 Mei 2012
  3. Puan Norhayati Shamsudin: 06 Mei 2012
  4. Encik Eswarizal bin Che Anuar (Pentadbiran): 19 Mei
  5. Puan Norhaizah binti Zulkifli(Cap Dagangan): 26 Mei
  6. Puan Noor Farhana binti Abd Wahab(PTS): 26 Mei
  7. Encik Muhamad Rahimi(Pentadbiran): 27 Mei
  8. Encik Shatibi bin Shafee(Pentadbiran): 27 Mei
  9. Puan Majdah binti Abdul Mutalib (Paten Sains Gunaan): 27 Mei
  10. Norzaiti binti Ali (PTS): 31 Mei
  11. Puan Shamsul Azila binti Anaidin @ Baharin (Paten Sains Gunaan): 2 Jun
  12. Puan Ruhaiza binti Mohamad Rashidan (Seksyen Kewangan): 3 Jun
  13. Encik Sajaratul Ariffin (Cap Dagangan) dan Puan Nor Shafiza (IPTC): 3 Jun
  14. Encik Wan Hasbullah bin Wan Rosli(Pentadbiran): 9 Jun
  15. Encik Abdul Hafiz bin Muhammad(Paten Kejuruteraan): 10 Jun
  16. Siti Syahirah Binti Talsis(Pentadbiran): 7 Julai
  17. Intan Adila Binti Badrul Hisham(Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Korporat)): 7 Julai
Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua staff yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga perkahwinan kalian diberkati Allah, dikurniakan anak-anak yang soleh serta berbahagia dunia dan akhirat...amin

Saturday 7 July 2012

KURSUS MEMBUAT "CUPCAKE" DAN "COOKIES"

Biro Wanita Kelab Sukan Dan Kebajikan Kelab MyIPO turut mengadakan Kursus Membuat Cupcake Dan Cookies pada 30 Jun 2012 yang lalu bertempat di Kolej Komuniti Selayang. Ia telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan wanita MyIPO daripada pelbagai bahagian. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta cara dan teknik yang betul membuat cupcake dan cookies.





Tuesday 26 June 2012

KULIAH MUSLIMAT

Biro Kerohanian Kelab MyIPO telah mengadakan Kuliah Muslimat pada 22 Jun 2012 yang lalu bertempat di Surau MyIPO, Tingkat 12A. Kuliah ini telah disampaikan oleh penceramah muda dan novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Kuliah ini telah membincangkan sedikit sebanyak tentang Hadis ke-2 dalam Kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi.




Kuliah Muslimat yang dianjurkan di bawah Biro Kerohanian ini adalah secara berkala iaitu 2 kali sebulan. Penceramah lain yang turut dijemput secara bergilir-gilir untuk menyampaikan kuliah adalah Ustazah Zawiyah Hassan, mantan Mursyidah Program Ustazah Pilihan (Astro Oasis).




Semoga dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini akan dapat menambahkan ilmu, iman dan ketaqwaan kita kepada Allah dan menjadikan kita muslim mukmin yang lebih baik dan solehah..amin