Tuesday 26 June 2012

KULIAH MUSLIMAT

Biro Kerohanian Kelab MyIPO telah mengadakan Kuliah Muslimat pada 22 Jun 2012 yang lalu bertempat di Surau MyIPO, Tingkat 12A. Kuliah ini telah disampaikan oleh penceramah muda dan novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Kuliah ini telah membincangkan sedikit sebanyak tentang Hadis ke-2 dalam Kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi.




Kuliah Muslimat yang dianjurkan di bawah Biro Kerohanian ini adalah secara berkala iaitu 2 kali sebulan. Penceramah lain yang turut dijemput secara bergilir-gilir untuk menyampaikan kuliah adalah Ustazah Zawiyah Hassan, mantan Mursyidah Program Ustazah Pilihan (Astro Oasis).




Semoga dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini akan dapat menambahkan ilmu, iman dan ketaqwaan kita kepada Allah dan menjadikan kita muslim mukmin yang lebih baik dan solehah..amin