Thursday 13 December 2012

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI NOVEMBER DAN DISEMBER 2012


Perhimpunan bulanan MyIPO bagi bulan November dan Disember 2012 anjuran Bahagian Hakcipta telah diadakan di Dewan IPTC, Menara UOA Bangsar pada 28 November 2012 yang lalu.
.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi MyIPO, YB Dato’ Hj. Abdul Manan Ismail yang telah menyampaikan amanat akhir tahun 2012 dan juga pengumuman bonus akhir tahun.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Rasmi MyIPO serta bacaan doa dan Ikrar MyIPO. Selain itu, acara perhimpunan disusuli dengan pelancaran Tabung Kutipan Derma Untuk Palestin, sesi pengenalan pegawai-pegawai baru, penyampaian hadiah Pertandingan Futsal Tertutup MyIPO dan hadiah kecemerlangan kepada anak pekerja yang berjaya mendapat keputusan 4A dan ke atas dalam UPSR serta meraikan pasangan pengantin baru dan warga kerja yang lahir pada bulan November dan Disember.

Pengantin Baru

Azlina binti Abdul Hamid (Paten) dan Jahar bin Mohd Saleh
03 Nov 2012

Mohamd Hasrizal bin Ramli (Cap Dagang) dan Siti Norjannah binti Abdul Ratan
15 Nov 2012

Abd. Erwan Ah. Zamri (Pengurusan Fail) dan Mawar Hartini Md Mazlan (Hakcipta) 
15 Nov 2012

Anak Cemerlang UPSR

Puan Suraya binti Mohamad (Paten)
Ibu kepada Iman Aisyah binti Zailani (5A)

Puan Siti Hasniza binti Mohdin@Mohd Din (Paten)
Ibu kepada Fadhliza Nurfatihah binti Zulkifli (5A)

Puan Zaiton binti Haris (Cap Dagangan)
Ibu kepada Muhammad Faris bin Ramlee (5A)

Puan Badi'ah binti Hj. Abas (Cap Dagangan)
Ibu kepada Nurul Syazana binti Mohd Fadzil (5A)

Encik Abg Mohammad Montaha bin Abg Sharbini (Caw. Sarawak)
Bapa kepada Dyg. Nur Afifah binti Abg Mohammad (4A 1B)

Sh. Ariffin bin Sh. Mohd Noor (Pengurusan Am & Sumber Manusia)
Bapa kepada Sheikh Ammar Muhsin bin Sh Ariffin (4A 1B)








KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP MyIPO 2012


Pada 3 November 2012 yang lalu, Kelab MyIPO telah mengadakan Kejohanan Futsal Lelaki & Wanita Tertutup MyIPO 2012 bagi pemilihan pemain untuk mewakili pasukan Futsal MyIPO pada Karnival Sukan KPDNKK 2013. Kejohanan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal Centremart, Setapak, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Kejohanan ini telah disertai oleh 7 kumpulan iaitu 4 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan. 


Keputusan Kejohanan adalah seperti berikut:

Keputusan Futsal Lelaki

Johan : Kumpulan 4
Naib Johan : Kumpulan 1
Ketiga : Kumpulan 2
Keempat : Kumpulan 6

Keputusan Futsal Perempuan

Johan : Roughlesia
Naib Johan : Grasshopper
Ketiga : Alpha


Kejohanan ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan kakitangan MyIPO yang berpotensi dalam sukan Futsal ini. Semoga dengan bakat dan kesungguhan mereka akan membawa kepada kejayaan cemerlang dalam Karnival Sukan KPDNKK yang bakal diadakan pada tahun hadapan. 











PENDAKIAN GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS. OKTOBER 2012


Pada 12 Oktober 2012, Kelab Kembara telah menganjurkan aktiviti mendaki iaitu Mendaki Gunung Irau bertempat di Cameron Highlands, Pahang. Aktiviti ini telah diadakan pada 12-14 Oktober 2012.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang sangat mencabar. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti aktiviti pendakian ini. Program ini diadakan bagi menguji kekuatan mental dan fizikal seseorang dan secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang sihat tubuh badan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, berdisiplin, sabar dan menepati waktu dalam diri setiap peserta. 

Sebelum memulakan pendakian, para peserta diberikan sedikit taklimat ringkas, senaman bagi memanaskan badan dan juga bacaan doa. Aktiviti bagi menawan Gunung Irau bermula pada pukul 10.30 pagi dan kesemua para peserta telah berjaya sampai di puncak Gunung Irau pada pukul 6.00 petang.

Pada 13 Okotober 2012, para pendaki yang telah sampai di puncak bersama-sama membantu memasang khemah dan memasak bagi menghadapi suasana malam pada hari tersebut. Para peserta boleh mendapatkan rehat yang secukupnya untuk turun pada keesokan harinya.

Para peserta mula turun ke kaki Gunung Irau pada pukul 9.30 pagi dan berjaya sampai pada pukul 2.00 petang. Misi menawan Gunung Irau dapat dilaksana dengan jayanya  disebabkan oleh kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta. Dalam perjalanan pulang sempat kami meluangkan masa dengan membeli belah dan berehat di Cameron Highlands. Aktiviti pendakian Gunung Irau ini berakhir pada 14 Oktober 2012.