Thursday 21 February 2013

PROGRAM KONVOI AMAL MOTOSIKAL MyIPO 2013 BERSAMA YAYASAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAERAH PORT DICKSON


Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan program Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013. Konvoi bermula dari lobi bangunan UOA Bangsar (Ibu Pejabat MyIPO) dan tiba di destinasi yang ditetapkan iaitu Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.


Program yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan derma kepada Yasasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.

Program ini disertai 29 motosikal pelbagai jenis dari kalangan kakitangan MyIPO bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 5 petang hari yang sama. Program juga disertai 5 buah motosikal Marshall dari Kelab Rakan Trafik Malaysia sebagai pengiring keselamatan lalulintas bagi konvoi kali ini.

9.30 pagi        -           Perasmian Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013 oleh Pengerusi Kelab MyIPO, En Kamal Kormin. Beliau memberi kata-kata amanat supaya konvoi menjaga nama baik MyIPO dan sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan. Beliau juga berharap program seperti ini dapat dianjuran kembali di masa-masa akan datang serta berhasrat ingin menyertai program ini di masa hadapan.

En Azlan selaku Ketua Marshall memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan laluan dan tanda tangan untuk dipatuhi sepanjang konvoi. Beliau juga memberi penekanan agar para penunggang menjaga keselamatan diri dan konvoi sepanjang masa. Laluan yang dipilih adalah melalui Tol Sungai Besi, Shell Nilai dan kemudian melalui jalan lama ke Port Dickson.

Bacaan doa dibacakan En Mohd Hafiz Azmi supaya konvoi amal ini diberkati dan keselamatan dan kesejahteraan konvoi dirahmati Allah swt. Amin.


Konvoi bergerak pada pukul 10.00 pagi.

10.30 pagi     -           Konvoi berhenti seketika di Stesen Minyak Shell Nilai untuk mengisi minyak, berehat dan sedikit kata-kata peringatan dari Ketua Marshall sebelum bergerak menuju Port Dickson.

12.10 petang -           Konvoi tiba dengan selamatnya di stesen minyak Petronas Port Dickson. Konvoi berhenti sebentar untuk menghilangkan keletihan dan untuk makan tengahari beserta persiapan-persiapan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran iaitu Masjid Depot Askar Melayu  DiRaja.

2.30 petang   -           Konvoi bergerak ke Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson. Ketibaan konvoi disambut baik warga kerja yayasan dan kami berbual sebentar bertanyakan khabar anak-anak yatim dan yayasan tersebut.

Yayasan ini ditubuhkan sekitar tahun 1970an. Bilangan anak-anak yatim yang didaftarkan sehingga hari tersebut adalah sekitar 300 lebih orang dan diberitahu angka tersebut berubah-ubah sepanjang tahun. Yayasan ini menjaga kebajikan anak-anak yatim (tanpa bapa) yang berumur 17 tahun kebawah sahaja. Kebajikan yang dihulurkan pihak yayasan berjaya membantu anak-anak yatim Port Dickson hingga ramai di antara mereka berjaya menjadi profesional antaranya doktor, peguam dan jurutera. Semoga usaha murni dari pihak yayasan dan bantuan dari MyIPO dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang tidak punya tempat bergantung ini meneruskan hidup dengan jaya. Yayasan juga sedang mencari dana untuk membina sebuah bangunan asrama di kawasan Lukut yang dijangkakan memerlukan dana sebanyak sekurang-kurangnya RM400,000.

5.00 petang   -           Program dengan rasminya tamat.

            Kesimpulannya program ini mendapat sambutan dan akan dipertimbangkan untuk diadakan lagi pada tahun hadapan memandangkan terdapat permintaan dari peserta dan yang berminat untuk menjadikan Konvoi Amal Motosikal MyIPO ini secara berkala dan berterusan di MyIPO.


Senarai Peserta Konvoi Amal Motorsikal MyIPO 2013

BIL
NAMA
BAHAGIAN
1.
Abdol Rashid Bin Abdullah
ID
2.
Anuar Shah Bin Amir
Pengurusan Am
3.
Dzulfadzli B. Radzion
Pengurusan Am
4.
Fadzli Bin Jaafar
ID
5.
H.M. Hazle B. Piee
Pengurusan Am
6.
Hishamudin Bin Abdul Walad
Cap Dagangan
7.
Johari Md Nor
IT
8.
Mat Zaini B. Mohamed
Pengurusan Am
9.
Md. Saiful Rizal Bin Abdull Razak
Pengurusan Am
10.
Mohamad Lokmanhakim Bin Saberam
Cap Dagangan
11.
Mohamad Syafiq Bin Shakri
Cap Dagangan
12.
Mohd Faizal Ismail
Paten
13.
Mohd Firdaus Bin Jamil
Pengurusan Am
14.
Mohd Hafiz Bin Azmi
Paten
15.
Mohd Hairunizam Bin Mohd Fauzi
IT
16.
Mohd Hasrizal Bin Ramli
Cap Dagangan
17.
Mohd Jesri Bin Omar
Pengurusan Am
18.
Mohd Khairul Fadzli B. Mansor
IPTC
19.
Mohd Razlan Hj. Abd Hamid
Cap Dagangan
20.
Mohd Zamri Bin Burabil
Pengurusan Am
21.
Muhamad Rahimi Bin Rahmat
Pengurusan Am
22.
Muhammad Ramadan Bin Md Nor
Kewangan
23.
Norhaizad Bin Abd Hamid
Pengurusan Am
24.
Shahrul Kamal Bin Mat Akhir
Paten
25.
Shamsulbaharen Bin abdul Malek
Pejabat KP
26.
Wahyuddin Omar Bin Khalid
Audit Dalam
27.
Wan Hasbullah Bin Wan Rosli
Pengurusan Am
28.
Mohd Hafezie Shahril Bin Hanapiah
Cap Dagangan
29.
Mohd Hafidzee Bin Hazami
Paten

















No comments:

Post a Comment