Friday 26 April 2013

BENGKEL GROOMING 2013

26 April 2013 – Biro Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan Bengkel Grooming Secret 2013 di Ballroom IPTC, Aras 12A, MyIPO dengan jumlah peserta seramai 38 orang terdiri daripada ahli-ahli kelab.
                 
Bengkel dua hari adalah direka khas untuk membantu pegawai-pegawai wanita dengan memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam etika berpakaian yang bersesuaian dan gaya komunikasi yang baik bagi mencerminkan imej MyIPO sebagai sebuah organisasi yang beridentitikan korporat.



Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Dasyarini bt Daud iaitu seorang Perunding Imej yang mempunyai pengalaman dan banyak terlibat dengan sesi konsultansi dan program imej untuk pelanggan-pelanggan di kalangan sektor awam dan swasta daripada Suffy Grooming & Image.