Wednesday 4 December 2013

BENGKEL ASAS GUNTING RAMBUT(UNISEX)


        Pada 30 November 2013 (Sabtu), Biro Wanita Kelab MyIPO telah menganjurkan Bengkel Asas Gunting Rambut di Bilik Tulip Aras 12A. Bengkel ini telah bermula sekitar jam 9.30 pagi sehingga 5 petang. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada ahli kelab MyIPO yang berminat untuk menambah ilmu asas berkaitan gunting rambut untuk dipraktikkan sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.


     

Teknik memegang gunting





Bengkel tersebut telah diadakan dengan kerjasama daripada Cik Nuratiqah Bt Zulkifli daripada Talking Hair Salon Academy selaku tenaga pengajar. Empat teknik asas menggunting rambut telah beliau tunjukkan iaitu :



(i)   Potongan Lurus

(ii)  Layer Panjang
(iii) Layer Pendek
(iv) Boy Cut


       Selain itu, setiap peserta berpeluang untuk melakukan praktikal sendiri kerana setiap peserta dibekalkan dengan patung berambut, gunting, sikat dan sepit.




Para peserta tekun mencuba


Teliti mendengar penjelasan Cik Iqa


Para peserta mula menggunting


Hasil guntingan Layer


Penyampaian saguhati


Di akhir sessi bengkel


 Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

3 comments:

  1. Saya berminat menyertai bengkel sebegini,bila masa diadakan lagi?

    ReplyDelete
  2. Salam..sy berminat dgn bengkel seperti di atas..bila akan diadakan lagi?

    ReplyDelete
  3. Salam..sy berminat dgn bengkel seperti di atas..bila akan diadakan lagi?

    ReplyDelete