Wednesday 6 November 2013

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H BERTAJUK "INDAHNYA BERHIJRAH"

Pada 6 November 2013 yang lalu bersempena dengan Sambutan Maal HIjrah 1435H, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan program ceramah bagi pengisian rohani. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa iaitu perunding motivasi kekeluargaan, kerjaya, kemasyarakatan dan perubatan Islam yang turut terkenal dengan program beliau di televisyen iaitu Program Al-Kuliyyah di TV3 di samping terbabit sebagai duta produk makanan dan minuman kesihatan iaitu Jus Tok Guru. Beliau telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Indahnya Berhijrah’. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga MyIPO keseluruhannya.


Sunday 3 November 2013

PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG KINABALU, SABAH 2013


      Pada 26-29 Oktober 2013,  Biro Kembara Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan program IP Climb bersempena ulangtahun ke-10 MyIPO. Seramai 30 peserta telah menyertai program mendaki Gunung Kinabalu ini. Pada hari Sabtu (26 Oktober 2013), para peserta telah berkumpul di KLIA seawal jam 7.30 pagi dan berlepas ke Kota Kinabalu sekitar jam 9.00 pagi. Mereka tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 12.35 tgh. Taklimat daripada Mountain Guide telah diadakan pada sebelah malamnya.




Para peserta sedang mendengar taklimat





             Keesokan harinya, pendakian dimulai dengan bacaan doa dan penyerahan bendera kelab oleh Presiden Kelab MyIPO, En Kamal Kormin sekitar jam 9.00 pagi di Timpohon Gate. Para pendaki mengambil masa kira-kira 6 jam untuk sampai ke Laban Rata. Para pendaki telah mendaftar masuk ke asrama penginapan di Laban Rata (Guntung Lagadan Hut) untuk melepaskan lelah.