Monday 23 June 2014

HARI KELUARGA MyIPO 2014 (21 JUN 2014)

Pada 21 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO yang bertempat di Desa Water Theme Park, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja MyIPO dan ahli keluarga.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail. Dalam ucapan perasmian YB Pengerusi MyIPO, beliau menyatakan bahawa program hari keluarga ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan memperkukuhkan organisasi MyIPO disamping berhibur bersama keluarga.

Kali terakhir program sebegini dianjurkan adalah pada Disember 2012.