Saturday, 6 December 2014

KELAS JAHITAN SHAWL 2014

Seramai 35 orang telah menyertai program jahitan shawl yang telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di bilik Alamanda tingkat 16 Menara UOA, Bangsar. Kelas ini mendapat bimbingan dari staff MyIPO sendiri iaitu Puan Wan Rusmawati Wan Mohamed yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang jahitan.



Kelas bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 3 petang. Para peserta telah dibekalkan dengan sehelai shawl, lace, manik dan alatan jahitan. Para peserta telah diajar cara yang betul bagaimana untuk menjahit manik pada kain lace. Kemudian para peserta juga di ajar bagaimana untuk menjahit kain lace di atas shawl.

Monday, 10 November 2014

BENGKEL VIDEOGRAFI 2014

Biro Penerbitan telah berjaya mengadakan Bengkel Videografi bagi ahli Kelab MyIPO yang diadakan pada 08 November 2014 di IPTC, Menara UOA, Bangsar, Kuala Lumpur.




Wednesday, 22 October 2014

PROGRAM JOM KURUS BERSAMA KEVIN ZAHRI 2014

Seramai 200 orang telah menyertai program “Jom Kurus bersama Kevin Zahri” yang telah diadakan pada 21 Oktober 2014 bertempat di IPA, Tingkat 12A Menara UOA, Bangsar. Program ini telah diberikan oleh Kevin Zahri yang merupakan Cikgu Fitness yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih, hos TV, penceramah dan penulis kecergasan. Beliau merupakan pengasas Program Jom Kurus 1 Malaysia.

Friday, 25 July 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAZKIRAH KESEDARAN PALESTIN

Pada tarikh 26 Ramadhan 1435H bersamaan 24 Julai 2014, Biro Kerohanian telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Kesedaran Palestin dengan kerjasama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) yang bertempat di Dewan Akademi Harta Intelek.


   

Monday, 21 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA & PEMBAHAGIAN BUBUR LAMBUK MyIPO 2014

Pada 17 Julai 2014 yang lalu, telah berlangsung Majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertempat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Program ini dimulakan dengan acara pembahagian bubur lambuk di sekitar Lobi Utama, Menara UOA Bangsar. Acara pembahagian bubur lambuk ini disempurnakan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail.


Program ini diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Majlis turut meraikan 41 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal. Dato' Pengerusi juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang hadir ini.


Program yang diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar ini merupakan antara program CSR MyIPO yang sentiasa diadakan saban tahun. Disertakan bersama gambar- gambar ketika Majlis berlangsung.

Monday, 23 June 2014

HARI KELUARGA MyIPO 2014 (21 JUN 2014)

Pada 21 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO yang bertempat di Desa Water Theme Park, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja MyIPO dan ahli keluarga.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail. Dalam ucapan perasmian YB Pengerusi MyIPO, beliau menyatakan bahawa program hari keluarga ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan memperkukuhkan organisasi MyIPO disamping berhibur bersama keluarga.

Kali terakhir program sebegini dianjurkan adalah pada Disember 2012.

Friday, 16 May 2014

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO MEI 2014

Pada 15 Mei 2014 yang lalu, telah berlangsung perhimpunan bulanan bagi warga MyIPO. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi. Perhimpunan bulanan ini telah dianjurkan oleh warga MyIPO dari Aras 16 melibatkan seksyen pemeriksaan paten Sains dan Kejuruteraan. 

Bermula dari perhimpunan ini, perhimpunan bulanan  akan dianjurkan oleh warga MyIPO mengikut aras yang berbeza. Penganjuran akan dinilai dan diberi markah bagi menentukan aras yang terbaik dalam penganjuran perhimpunan bulanan. Penganjur terbaik akan menerima hadiah yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan kelak.

Berikut disertakan gambar- gambar sepanjang perhimpunan tersebut.




CARTA ORGANISASI AJK KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MYIPO 2014/2016

Pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO bagi sesi 2014/2016 telah berjalan dengan jayanya. Berikut dilampirkan carta organisasi bagi jawatankuasa yang baru.

Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada jawatankuasa sesi 2012/2014 dan selamat maju jaya bagi jawatankuasa yang baru ini.


Saturday, 1 March 2014

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2014 yang lalu merupakan program yang julung kalinya diadakan di MyIPO. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan staf MyIPO mendapat gambaran awal akan tahap kesihatan masing-masing.





Thursday, 9 January 2014

PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA 2014

Pada 8 Januari 2014 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara bertempat di Aras 12A, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Program ini telah dijalankan dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada kakitangan MyIPO serta individu luar. Program Derma Darah ini telah dianjurkan buat kali yang kedua di MyIPO. 

Program Derma Darah MyIPO

Program Derma Darah MyIPO

Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Kelab Kebajikan & Sukan MyIPO mengucapkan Selamat tahun baru 2014 kepada ahli Kelab MyIPO! Semoga tahun ini Kelab MyIPO akan lebih cemerlang dan berjaya berbanding tahun- tahun sebelumnya.

2014 Kelab MyIPO