Showing posts with label Biro Wanita. Show all posts
Showing posts with label Biro Wanita. Show all posts

Saturday, 6 December 2014

KELAS JAHITAN SHAWL 2014

Seramai 35 orang telah menyertai program jahitan shawl yang telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di bilik Alamanda tingkat 16 Menara UOA, Bangsar. Kelas ini mendapat bimbingan dari staff MyIPO sendiri iaitu Puan Wan Rusmawati Wan Mohamed yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang jahitan.



Kelas bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 3 petang. Para peserta telah dibekalkan dengan sehelai shawl, lace, manik dan alatan jahitan. Para peserta telah diajar cara yang betul bagaimana untuk menjahit manik pada kain lace. Kemudian para peserta juga di ajar bagaimana untuk menjahit kain lace di atas shawl.

Wednesday, 22 October 2014

PROGRAM JOM KURUS BERSAMA KEVIN ZAHRI 2014

Seramai 200 orang telah menyertai program “Jom Kurus bersama Kevin Zahri” yang telah diadakan pada 21 Oktober 2014 bertempat di IPA, Tingkat 12A Menara UOA, Bangsar. Program ini telah diberikan oleh Kevin Zahri yang merupakan Cikgu Fitness yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih, hos TV, penceramah dan penulis kecergasan. Beliau merupakan pengasas Program Jom Kurus 1 Malaysia.

Wednesday, 4 December 2013

BENGKEL ASAS GUNTING RAMBUT(UNISEX)


        Pada 30 November 2013 (Sabtu), Biro Wanita Kelab MyIPO telah menganjurkan Bengkel Asas Gunting Rambut di Bilik Tulip Aras 12A. Bengkel ini telah bermula sekitar jam 9.30 pagi sehingga 5 petang. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada ahli kelab MyIPO yang berminat untuk menambah ilmu asas berkaitan gunting rambut untuk dipraktikkan sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.


     

Teknik memegang gunting


Friday, 26 April 2013

BENGKEL GROOMING 2013

26 April 2013 – Biro Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan Bengkel Grooming Secret 2013 di Ballroom IPTC, Aras 12A, MyIPO dengan jumlah peserta seramai 38 orang terdiri daripada ahli-ahli kelab.
                 
Bengkel dua hari adalah direka khas untuk membantu pegawai-pegawai wanita dengan memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam etika berpakaian yang bersesuaian dan gaya komunikasi yang baik bagi mencerminkan imej MyIPO sebagai sebuah organisasi yang beridentitikan korporat.



Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Dasyarini bt Daud iaitu seorang Perunding Imej yang mempunyai pengalaman dan banyak terlibat dengan sesi konsultansi dan program imej untuk pelanggan-pelanggan di kalangan sektor awam dan swasta daripada Suffy Grooming & Image.




Monday, 11 March 2013

KURSUS ASAS MEMBUAT ROTI

Pada 8 Mac 2013, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Wanita  telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Asas Membuat Roti. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Makan Pusat Latihan Harta Intelek Malaysia pada jam 12.15 tengahari hingga jam 2.45 petang. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara dan teknik membuat pelbagai roti. 

Antara resepi roti yang diajar adalah Roti Shanghai Bun, Roti Wholemeal dan Pizza. Bengkel ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan ahli Kelab MyIPO. Bengkel ini telah mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada Puan Nor Izwah dan Puan Huda yang mempunyai pengalaman dalam pembelajaran membuat roti.

Saturday, 7 July 2012

KURSUS MEMBUAT "CUPCAKE" DAN "COOKIES"

Biro Wanita Kelab Sukan Dan Kebajikan Kelab MyIPO turut mengadakan Kursus Membuat Cupcake Dan Cookies pada 30 Jun 2012 yang lalu bertempat di Kolej Komuniti Selayang. Ia telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan wanita MyIPO daripada pelbagai bahagian. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta cara dan teknik yang betul membuat cupcake dan cookies.





Sunday, 20 May 2012

KELAS SENAM AEROBIK (WANITA)

Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO di bawah Biro Wanita telah mengambil inisiatif mewujudkan Kelas Senam Aerobik Wanita pada setiap Jumaat 5.30 ptg-6.30 ptg mulai 18 Mei 2012. Ia diadakan di Bilik Latihan Harta Intelek, Tingkat 12A. Kelas ini telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan staff wanita di MyIPO dan instrukturnya adalah Pn.Noraini Jamil. Bilangan peserta yang menyertai kelas ini adalah 45 orang.

"Towards Fit Women In MyIPO"