Wednesday, 6 November 2013

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H BERTAJUK "INDAHNYA BERHIJRAH"

Pada 6 November 2013 yang lalu bersempena dengan Sambutan Maal HIjrah 1435H, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan program ceramah bagi pengisian rohani. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa iaitu perunding motivasi kekeluargaan, kerjaya, kemasyarakatan dan perubatan Islam yang turut terkenal dengan program beliau di televisyen iaitu Program Al-Kuliyyah di TV3 di samping terbabit sebagai duta produk makanan dan minuman kesihatan iaitu Jus Tok Guru. Beliau telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Indahnya Berhijrah’. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga MyIPO keseluruhannya.



Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah penghijrahan pada zaman moden yang dilihat dari sudut ‘Jihad’ dan ‘Niat’. Segala penghijrahan dengan niat dan mujahadah yang betul akan membuahkan kepuasan dan ketenangan kepada individu secara tidak langsung akan mengangkat martabat agama Islam. Selain dari itu, perkara yang turut ditekankan adalah penghijrahan untuk memperbaiki diri sendiri, imej dan tingkahlaku di mana ia akan menentukan hala tuju kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Semoga program ilmu seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.




Renungan

            “Ambil lah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambil lah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambil lah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambil lah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambil lah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambil lah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambil lah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambil lah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambil lah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambil lah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga”

No comments:

Post a Comment