Showing posts with label Kelab MyIPO. Show all posts
Showing posts with label Kelab MyIPO. Show all posts

Wednesday, 8 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA MyIPO 2015

Majlis berbuka puasa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah diadakan pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H bertempat di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai.



Tahun ini merupakan kali kedua MyIPO menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid bersama dengan orang awam disamping menyampaikan sumbangan hari raya kepada golongan yang kurang bernasib baik.


 Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Hj. Manan Ismail selaku Pengerusi MyIPO dan juga ucapan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pn. Shamsiah Kamaruddin, Ketua Pengarah, beberapa orang Anggota Perbadanan, pihak Pengurusan , warga kerja MyIPO dan seramai 600 orang asnaf.


Selain daripada penyampaian sumbangan kepada para asnaf, MyIPO juga turut menghulurkan sumbangan kepada pihak masjid sebagai tanda penghargaan diatas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis berbuka puasa pada tahun ini.

Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015



Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. Lembaran baru 2015 kini dibuka. Segala pahit manis ketika tahun 2014 kita jadikan teladan dan sempadan. Semoga MyIPO dan Kelab MyIPO lebih maju dari tahun- tahun sebelumnya.

Dibawah pentadbiran Ketua Pengarah baru, Pn Shamsiah Kamaruddin, kami kakitangan MyIPO akan memastikan setiap aspirasi yang diutarakan oleh Puan KP akan dilaksanakan dengan jayanya. Insyaallah.

Selamat Maju Jaya dari Biro Penerbitan, Kelab MyIPO.

Wassalam.

Saturday, 6 December 2014

KELAS JAHITAN SHAWL 2014

Seramai 35 orang telah menyertai program jahitan shawl yang telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di bilik Alamanda tingkat 16 Menara UOA, Bangsar. Kelas ini mendapat bimbingan dari staff MyIPO sendiri iaitu Puan Wan Rusmawati Wan Mohamed yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang jahitan.



Kelas bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 3 petang. Para peserta telah dibekalkan dengan sehelai shawl, lace, manik dan alatan jahitan. Para peserta telah diajar cara yang betul bagaimana untuk menjahit manik pada kain lace. Kemudian para peserta juga di ajar bagaimana untuk menjahit kain lace di atas shawl.

Monday, 10 November 2014

BENGKEL VIDEOGRAFI 2014

Biro Penerbitan telah berjaya mengadakan Bengkel Videografi bagi ahli Kelab MyIPO yang diadakan pada 08 November 2014 di IPTC, Menara UOA, Bangsar, Kuala Lumpur.




Wednesday, 22 October 2014

PROGRAM JOM KURUS BERSAMA KEVIN ZAHRI 2014

Seramai 200 orang telah menyertai program “Jom Kurus bersama Kevin Zahri” yang telah diadakan pada 21 Oktober 2014 bertempat di IPA, Tingkat 12A Menara UOA, Bangsar. Program ini telah diberikan oleh Kevin Zahri yang merupakan Cikgu Fitness yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih, hos TV, penceramah dan penulis kecergasan. Beliau merupakan pengasas Program Jom Kurus 1 Malaysia.

Friday, 25 July 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAZKIRAH KESEDARAN PALESTIN

Pada tarikh 26 Ramadhan 1435H bersamaan 24 Julai 2014, Biro Kerohanian telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Kesedaran Palestin dengan kerjasama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) yang bertempat di Dewan Akademi Harta Intelek.


   

Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Kelab Kebajikan & Sukan MyIPO mengucapkan Selamat tahun baru 2014 kepada ahli Kelab MyIPO! Semoga tahun ini Kelab MyIPO akan lebih cemerlang dan berjaya berbanding tahun- tahun sebelumnya.

2014 Kelab MyIPO

Sunday, 3 November 2013

PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG KINABALU, SABAH 2013


      Pada 26-29 Oktober 2013,  Biro Kembara Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan program IP Climb bersempena ulangtahun ke-10 MyIPO. Seramai 30 peserta telah menyertai program mendaki Gunung Kinabalu ini. Pada hari Sabtu (26 Oktober 2013), para peserta telah berkumpul di KLIA seawal jam 7.30 pagi dan berlepas ke Kota Kinabalu sekitar jam 9.00 pagi. Mereka tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 12.35 tgh. Taklimat daripada Mountain Guide telah diadakan pada sebelah malamnya.




Para peserta sedang mendengar taklimat





             Keesokan harinya, pendakian dimulai dengan bacaan doa dan penyerahan bendera kelab oleh Presiden Kelab MyIPO, En Kamal Kormin sekitar jam 9.00 pagi di Timpohon Gate. Para pendaki mengambil masa kira-kira 6 jam untuk sampai ke Laban Rata. Para pendaki telah mendaftar masuk ke asrama penginapan di Laban Rata (Guntung Lagadan Hut) untuk melepaskan lelah.





Friday, 18 October 2013

SESI PERCAMBAHAN IDEA KELAB MyIPO


      Pada 18-20 Oktober 2013,bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kelab MyIPO telah mengadakan satu Sesi Percambahan Idea bagi merangka dan menilai semula aktiviti-aktiviti Kelab yang telah dan akan diadakan. Dalam sesi ini, pelbagai perkara telah dibincangkan. Antaranya;

(i) Pembentangan Aktiviti sepanjang 2013 dan Jan-Mac 2014
(ii) Perancangan Dan Penyediaan Laporan Tahunan Kelab 2013
(iii) Perancangan dan Bajet Sukan KPDNKK 2014
(iv) Perancangan Mesyuarat Agong 2014





Friday, 20 September 2013

KEJOHANAN DART MAKSWIP 2013

  
     Pada 17-18 September 2013 yang lalu, Kelab MyIPO telah menghantar 1 pasukan Dart bagi menyertai Kejohanan Dart MAKSWIP yang diadakan di RISDA, Jalan Ampang.
     
    




MyIPO telah diletakkan di dalam Kumpulan F bersama-sama tuan rumah RISDA dan MOA. Pasukan Dart MyIPO telah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengejutkan dan mengikat kedua-dua pasukan lain dengan kedudukan mata 2-2. Namun ketentuan- Nya, MyIPO tumpas jua dengan kedudukan 3-2 namun dengan tentangan hebat.

PENUTUP MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013


Pada 14 September 2013, bertempat di Pusat Maritim, Putrajaya telah diadakan Majlis Penutup Mini Karnival Sukan MyIPO 2013. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi MyIPO iaitu YB Dato' Haji Abdul Manan bin Ismail serta Ketua Pengarah MyIPO, Dato' Azizan bin Mohamad Sidin.



 

     Sebelum upacara penyampaian hadiah, setiap rumah sukan telah membuat persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan. Ada pantomin, tarian, dikir barat dan boria. Kesungguhan Rumah Hijau yang telah mempersembahkan pantomin dan tarian telah menarik hati juri dan menjadikan rumah hijau juara kategori persembahan.


Monday, 16 September 2013

MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013 - Siri 3

   Pada 14 September 2013 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan bola jaring, bola sepak dan bola tampar di INSPEN Putrajaya. Perlawanan ini telah diadakan di sebelah pagi. Manakala di sebelah petang pula diadakan Majlis Hi-Tea Penutup Mini Karnival Sukan MyIPO 2013.



Saturday, 7 September 2013

MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013 - Siri 2 (Futsal)

    Pada 7 September 2013 (Sabtu), bertempat di Centremart Setapak telah berlangsungnya perlawanan futsal dan badminton bermula jam 8.30 pagi. Perlawanan futsal dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita. Pemarkahan dibuat adalah berdasarkan setiap perlawanan. Pasukan yang menang dalam satu-satu perlawanan akan memperoleh 3 mata. Rumah Jingga telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjuarai kedua-kedua kategori iaitu futsal lelaki dan wanita.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Semua pemain bergambar beramai-ramai

Saturday, 22 June 2013

MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013 - Siri 1


     Pada tahun 2013, buat julung-julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan Mini Karnival Sukan MyIPO yang bermula 22 Jun 2013 dan berakhir pada 14 September 2013.Mini Karnival Sukan ini dianjurkan bertujuan menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan MyIPO dan salah satu usaha mencungkil bakat-bakat sukan yang berpotensi sebagai persediaan menghadapi Sukan Antara Agensi KPDNKK pada tahun 2014. Setiap kakitangan MyIPO telah dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Hijau, Jingga, Merah dan Ungu. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah congkak, dart, ping-pong,dam aji, karom (Indoor Games), boling, futsal,badminton, bola tampar, bola sepak dan bola jaring.

      Sekitar pertandingan sukan dalaman(Indoor games) yang telah diadakan pada 22 Jun 2013(Sabtu) bertempat di Dewan IPTC Aras 12A, Menara UOA BAngsar.



Friday, 26 April 2013

BENGKEL GROOMING 2013

26 April 2013 – Biro Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan Bengkel Grooming Secret 2013 di Ballroom IPTC, Aras 12A, MyIPO dengan jumlah peserta seramai 38 orang terdiri daripada ahli-ahli kelab.
                 
Bengkel dua hari adalah direka khas untuk membantu pegawai-pegawai wanita dengan memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam etika berpakaian yang bersesuaian dan gaya komunikasi yang baik bagi mencerminkan imej MyIPO sebagai sebuah organisasi yang beridentitikan korporat.



Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Dasyarini bt Daud iaitu seorang Perunding Imej yang mempunyai pengalaman dan banyak terlibat dengan sesi konsultansi dan program imej untuk pelanggan-pelanggan di kalangan sektor awam dan swasta daripada Suffy Grooming & Image.




Thursday, 28 March 2013

MESYUARAT AGUNG KELAB MyIPO KALI KE-7


Pada 27 Mac 2013 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Dewan IPTC Aras 12A Menara UOA Bangsar telah diadakan satu Mesyuarat Agung Kelab MyIPO kali ke-7. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Presiden Kelab iaitu En. Kamal Kormin dan seterusnya diikuti ucapan perasmian oleh Penaung Kelab MyIPO, YBhg Dato’ Azizan Mohamad Sidin.

Antara kandungan ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Penaung Kelab ialah berkenaan komitmen terhadap kerja secara sukarela. Beliau menyatakan bahawa amalan kerja secara sukarela ini semakin hari semakin hilang secara umumnya dengan mengambil kira tuntutan ahli terhadap ganjaran setelah melakukan sesuatu perkara. Beliau mengharapkan situasi ini tidak wujud di Kelab MyIPO memandangkan berlakunya peningkatan yang positif terhadap sambutan dan penyertaan ahli kelab dalam aktiviti dan program yang dianjurkan. Beliau juga menyatakan bahawa pengalaman kerja dalam persatuan adalah merupakan satu nilai tambah dalam menilai potensi diri seseorang dan boleh digunapakai sekiranya seseorang itu dinilai bagi kenaikan pangkat, memohon jawatan dan sebagainya.

Monday, 7 January 2013

HARI KELUARGA MyIPO 2012 (22 DISEMBER 2012)


Pada 22 Disember 2012 (Sabtu) , Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah menganjurkan Hari Keluarga MyIPO di i-City Waterworld Theme Park, Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh  Pengerusi MyIPO iaitu YB Dato’ Hj Abdul Manan Ismail.


Hari Keluarga MyIPO dianjurkan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan kakitangan MyIPO dan ahli keluarga . Seramai kira-kira 700 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MyIPO dan juga keluarga telah menyertai Hari Keluarga MyIPO pada kali ini . 

Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh urusetia seperti Cabutan Bertuah, Sukaneka, Nyanyian Karaoke dan Senamrobik. Rata- rata peserta amat berpuashati dengan penganjuran Hari Keluarga ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan dari warga MyIPO untuk penganjuran yang akan datang. Berikut diselitkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera jurufoto yang bertugas.






Tuesday, 11 September 2012

BOLA SEPAK MyIPO- PERLAWANAN PERSAHABATAN JAN-JULAI 2012


Biro Sukan di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bola sepak sepanjang bulan Januari hingga Julai 2012. Untuk itu, pasukan bola sepak MyIPO telah menjalani latihan fizikal & intensif untuk perlawanan persahabatan tersebut disamping sebagai persediaan menghadapi kejohanan karnival sukan KPDNKK bersama agensi-agensi di bawahnya yang turut disertai pada 16 hingga 23 Jun 2012.
                Pasukan bola sepak MyIPO telah menunjukkan permainan berpasukan yang baik dan komitmen yang tinggi pada perlawanan persahabatan tersebut. Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah disertai:


Teruskan usaha anda demi menaikkan nama MyIPO. Majulah sukan untuk MyIPO!

Thursday, 19 July 2012

أهلاوسهلا يا رمضان AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, kami barisan pimpinan Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Beribadah Di Bulan Ramadhan buat semua muslimin muslimat terutamanya warga kerja MyIPO sekalian.Semoga pengisian Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah dan menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa.

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan Allah dunia dan akhirat..amin.