Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2014 yang lalu merupakan program yang julung kalinya diadakan di MyIPO. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan staf MyIPO mendapat gambaran awal akan tahap kesihatan masing-masing.
Showing posts with label Biro Sosial dan Kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label Biro Sosial dan Kebudayaan. Show all posts
Saturday, 1 March 2014
Thursday, 9 January 2014
PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA 2014
Pada 8 Januari 2014 yang lalu,
Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah
mengadakan Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara
bertempat di Aras 12A, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Program ini
telah dijalankan dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada kakitangan
MyIPO serta individu luar. Program Derma Darah ini telah dianjurkan buat kali
yang kedua di MyIPO.
Thursday, 19 December 2013
SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAHANG
Baru-baru ini, negara kita telah diuji dengan bencana banjir. Antara negeri yang terjejas teruk adalah Pahang, Johor dan Terengganu. Justeru, atas keprihatinan kelab MyIPO, di bawah Biro Kebajikan serta Biro Sosial & Kebudayaan, aktiviti pengumpulan pakaian terpakai telah diadakan mulai 11 Disember - 13 Disember 2013 di Rumah Kelab Aras 12. Sessi pengasingan dan pembungkusan telah dilakukan oleh sukarelawati dan sukarelawan MyIPO pada 13 Disember 2013.
Thursday, 21 February 2013
PROGRAM KONVOI AMAL MOTOSIKAL MyIPO 2013 BERSAMA YAYASAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAERAH PORT DICKSON
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan program Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013. Konvoi bermula dari lobi bangunan UOA Bangsar (Ibu Pejabat MyIPO) dan tiba di destinasi yang ditetapkan iaitu Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.
Program yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan derma kepada Yasasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.
Program ini disertai 29 motosikal pelbagai jenis dari kalangan kakitangan MyIPO bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 5 petang hari yang sama. Program juga disertai 5 buah motosikal Marshall dari Kelab Rakan Trafik Malaysia sebagai pengiring keselamatan lalulintas bagi konvoi kali ini.
9.30 pagi - Perasmian Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013 oleh Pengerusi Kelab MyIPO, En Kamal Kormin. Beliau memberi kata-kata amanat supaya konvoi menjaga nama baik MyIPO dan sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan. Beliau juga berharap program seperti ini dapat dianjuran kembali di masa-masa akan datang serta berhasrat ingin menyertai program ini di masa hadapan.
En Azlan selaku Ketua Marshall memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan laluan dan tanda tangan untuk dipatuhi sepanjang konvoi. Beliau juga memberi penekanan agar para penunggang menjaga keselamatan diri dan konvoi sepanjang masa. Laluan yang dipilih adalah melalui Tol Sungai Besi, Shell Nilai dan kemudian melalui jalan lama ke Port Dickson.
Bacaan doa dibacakan En Mohd Hafiz Azmi supaya konvoi amal ini diberkati dan keselamatan dan kesejahteraan konvoi dirahmati Allah swt. Amin.
Wednesday, 28 November 2012
KEMPEN DERMA DARAH 2012
Pada 22 November
2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan
Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen
Menderma Darah bertempat di Dewan IPTC, Aras 12A bermula jam 10 pagi sehingga 4
petang.
Seramai 65 orang yang telah menderma darah, iaitu penderma lelaki
seramai 32 orang manakala penderma wanita seramai 33 orang. Pecahan penderma
mengikut kumpulan darah adalah seperti berikut, kumpulan darah B iaitu 21
penderma, O seraamai 20 orang penderma, A seramai 19 orang penderma dan AB
seramai 5 orang penderma.
Pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua penderma. Semoga program derma darah ini dapat diteruskan pada
masa-masa yang akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)