26 April
2013 – Biro Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO) telah menganjurkan Bengkel Grooming Secret 2013 di Ballroom IPTC, Aras
12A, MyIPO dengan jumlah peserta seramai 38 orang terdiri daripada ahli-ahli
kelab.
Bengkel
dua hari adalah direka khas untuk membantu pegawai-pegawai wanita dengan memberikan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam etika berpakaian yang bersesuaian dan gaya
komunikasi yang baik bagi mencerminkan imej MyIPO sebagai sebuah organisasi
yang beridentitikan korporat.
Bengkel
tersebut telah disampaikan oleh Puan Dasyarini bt Daud iaitu seorang Perunding
Imej yang mempunyai pengalaman dan banyak terlibat dengan sesi konsultansi dan
program imej untuk pelanggan-pelanggan di kalangan sektor awam dan swasta
daripada Suffy Grooming & Image.