Thursday, 13 December 2012

PENDAKIAN GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS. OKTOBER 2012


Pada 12 Oktober 2012, Kelab Kembara telah menganjurkan aktiviti mendaki iaitu Mendaki Gunung Irau bertempat di Cameron Highlands, Pahang. Aktiviti ini telah diadakan pada 12-14 Oktober 2012.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang sangat mencabar. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti aktiviti pendakian ini. Program ini diadakan bagi menguji kekuatan mental dan fizikal seseorang dan secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang sihat tubuh badan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, berdisiplin, sabar dan menepati waktu dalam diri setiap peserta. 

Sebelum memulakan pendakian, para peserta diberikan sedikit taklimat ringkas, senaman bagi memanaskan badan dan juga bacaan doa. Aktiviti bagi menawan Gunung Irau bermula pada pukul 10.30 pagi dan kesemua para peserta telah berjaya sampai di puncak Gunung Irau pada pukul 6.00 petang.

Pada 13 Okotober 2012, para pendaki yang telah sampai di puncak bersama-sama membantu memasang khemah dan memasak bagi menghadapi suasana malam pada hari tersebut. Para peserta boleh mendapatkan rehat yang secukupnya untuk turun pada keesokan harinya.

Para peserta mula turun ke kaki Gunung Irau pada pukul 9.30 pagi dan berjaya sampai pada pukul 2.00 petang. Misi menawan Gunung Irau dapat dilaksana dengan jayanya  disebabkan oleh kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta. Dalam perjalanan pulang sempat kami meluangkan masa dengan membeli belah dan berehat di Cameron Highlands. Aktiviti pendakian Gunung Irau ini berakhir pada 14 Oktober 2012.










Wednesday, 28 November 2012

KEMPEN DERMA DARAH 2012


Pada 22 November 2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bertempat di Dewan IPTC, Aras 12A bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang. 

Seramai 65 orang yang telah menderma darah, iaitu penderma lelaki seramai 32 orang manakala penderma wanita seramai 33 orang. Pecahan penderma mengikut kumpulan darah adalah seperti berikut, kumpulan darah B iaitu 21 penderma, O seraamai 20 orang penderma, A seramai 19 orang penderma dan AB seramai 5 orang penderma. 

Pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Semoga program derma darah ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.