Wednesday 16 January 2013

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI JANUARI 2013



         

Pada 10 Januari 2013 yang lalu, telah diadakan Perhimpunan Bulanan MyIPO bulan Januari di Dewan IPTC,Tingkat 12A, Menara UOA Bangsar anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan. Perhimpunan ini adalah perhimpunan pertama bagi warga MyIPO sempena tahun baru 2013. Majlis diserikan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah MyIPO Dato’ Azizan Mohamad Sidin. 


Sempena tahun baru 2013 ini, Dato' Ketua Pengarah meletakkan sasaran baru bagi pendapatan MyIPO serta memperkenalkan dasar kerja baru iaitu Leading Together disamping dasar sedia ada iaitu Working as One yang menjadi asas kepada transformasi kualiti kerja warga MyIPO. Majlis turut memberi penghargaan kepada staff baru MyIPO dan diikuti dengan penyampaian hadiah anak-anak cemerlang PMR 2012 kepada anak-anak staff yang cemerlang. 


Senarai penerima Hadiah Cemerlang PMR adalah seperti berikut :

1. Goh Yue Kim anak kepada Encik Goh Kim Hoe (Cap Dagangan), 8A.

2. Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam, anak kepada Puan Noormaya binti Othman 
(Reka Bentuk   Perindustrian), 7A 1B.

3. Dash Mesh Singh Judge a/l Kuljit Singh, anak kepada Encik Kuljit Singh a/l Ojagar Singh 
(Cap Dagangan), 6A 1B.

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada salah seorang staff MyIPO yang baru melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2012 yang lalu iaitu Pn. Sudiana Mohamad (Cawangan Sarawak). Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

Thursday 10 January 2013

KEMBARA ATV - KEMENSAH, HULU KELANG (25 DISEMBER 2012)


Pada 25 Disember 2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO di bawah Biro Kembara MyIPO telah mengadakan Aktiviti Kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kemensah, Hulu Kelang Kuala Lumpur. Kembara yang berlangsung selama satu setengah jam tersebut telah disertai seramai 20 orang  peserta yang terdiri dikalangan warga MyIPO.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberikan taklimat dan cara menggunakan kenderaan oleh En. Mas Fadzillah Khan bin Ali. Taklimat ini penting kerana para peserta akan melalui laluan yang sukar ketika aktiviti ini berjalan di mana ianya memerlukan fokus setiap peserta. Terdapat pelbagai jenis laluan yang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta terutamanya laluan 7-tiers Waterfall.

Setelah berjaya mengharungi laluan mencabar, para peserta berhenti di check point akhir sambil menikmati pemandangan sekitar. Berikut disertakan foto kenangan sepanjang aktiviti ini berjalan.