Thursday 3 March 2016

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PENUBUHAN MyIPO 2016

Biro Kerohanian telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin Sempena Penubuhan MyIPO pada 03 Mac 2016 (Khamis) bertempat di Dewan IPA. Bacaan Surah Yasin tersebut telah dipimpin oleh Saudara Mohd Fadzil bin Ahmad. 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diakhiri dengan jamuan. Majlis telah dimulakan sekitar jam 8.55 pagi dan berakhir pada jam 9.45 pagi.

Ini merupakan tahun ke-13 penubuhan MyIPO.





Wednesday 2 March 2016

AKTIVITI BIRO KEROHANIAN SEPANJANG 2015

Ceramah Maulidur Rasul 

Biro Kerohanian dibawah Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah menganjurkan Program Ceramah Maulidur Rasul bagi menambahkan rasa rindu, kasih dan cinta kepada Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam dan sempena menyambut kedatangan hari kelahiran Nabi utusan mulia, penghulu segala nabi dan pemberi syafaat kepada umatnya iaitu pada bulan Rabi’ulawal. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 02 Rabi’ul akhir 1436H / 23 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Akademi Harta Intelek, Aras 12A

Penceramah jemputan adalah Habib Najmuddin bin Othman al-Khered. Beliau merupakan pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'Assabil dan sering kali muncul dalam siaran kefahaman agama Islam di arus media.







Kelas Asas Al-Quran dan Kelas Pengajian Al-Quran

Kelas ini dikendalikan oleh Ustaz Nasarudin bin Omar daripada Syarikat Inspem Management Sdn. Bhd.  Dibahagikan  kepada dua kelas iaitu Kelas Asas Al-Quran dan Kelas Pengajian Al-Quran. Kelas Pengajian Al-Quran diadakan pada jam 1.00 tengahari pada setiap hari Selasa manakala Kelas Asas Al-Quran pula pada setiap hari Khamis pada waktu yang sama. Senarai pelajar adalah seperti berikut:

SENARAI WARGA KELAS ASAS AL-QURAN
1.    INTAN ADILA BT BADRUL HISHAM
2.    NUR SALFIZA BT SHAARI
3.    SUZIEMASLINA BT AHMAD SHINHIME
4.    NURAZLIANA BT SAMSUDIN
5.    ROZANAH BT MISKAN
6.    ASZLINA BT SAAT
7.    NOR SERI BT MOHAMAD
8.    NORHASLINDA BT HASSAN
9.    NORDIANA BT ZULKIFLI
10. NOORHANA BT AHMAD
11. NORHAZLIDA BT AB. HALIM
12. SUHAILA BT SALLEH
13. SITI AISHAH BT HASHIM

SENARAI WARGA KELAS PENGAJIAN AL-QURAN
1.    MOHD HAFIZ AZMI
2.    MUHAMMAD HAZIF AZLAN ZIAUDIN AHAMED
3.    MOHD FADZIL AHMAD
4.    MOHD NAIEM ZAKARIA
5.    SULAIMAN MOHAMMAD
6.    NOORHISHAM OTHMAN
7.    EMY NADIA JOHARI
8.    HARTINI MD BASRI
9.    NORANISAH ABAS
10. NORAINI MURTI IBRAHIM
11. ROSNIZA OTHMAN
12. WAN SOLEHAH MEGAT HAMID
13. ZAKINI YAMAN
14. ZURIAH MASROM
15. ZUBAIDAH ABD RAHMAN
16. HAZIMAH HASAN
                           17.ZALINA ABDULLAH





Program Tadarus Al-Quran Sempena Ramadhan 

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, Biro Kerohanian telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1436H. Butiran program adalah seperti berikut:
                        Tarikh : Bermula Awal Ramadhan
                        Masa : 1.00ptg – 1.45ptg
                        Tempat : Surau atau di bilik yang sesuai
                        Mod : Baca Al-Quran dan terjemahan/ tafsir
                        Jumlah peserta : 60 orang


Majlis Khatam Al-Quran

Pada tarikh 20 Ramadhan 1436H bersamaan 07 Julai 2015, Biro Kerohanian telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang bertempat di Dewan Akademi Harta Intelek.
                       
Seramai 60 orang warga MyIPO yang telah dibahagikan kepada 11 kumpulan telah mengikuti program tadarus al-quran ini yang bermula sejak awal Ramadhan. Majlis khatam al-Quran telah diketuai dan dipimpin oleh tenaga pengajar kelas pengajian al-Quran iaitu Ustaz Nasaruddin bin Omar.





Kuliah Agama MyIPO

Berdasarkan pemerhatian, sambutan terhadap kuliah agama di MyIPO adalah amat memberansangkan. Oleh sebab itu, Biro Kerohanian telah meneruskan kuliah agama untuk staf muslim bertempat di Surau MyIPO pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu, jam 1.00 sehingga 1.45 petang untuk sepanjang tahun 2015. Mu’allim bagi kuliah agama ini adalah Ustaz Salman bin Maskuri (Kuliah Fiqh), Habib Najmuddin bin Othman al-Khered (Kuliah Tafsir), Ustaz Muhammad Ali bin Izzuddin (Kuliah Aqidah) dan Ustaz Khairullah bin Mamat (Kuliah Hadith).

                  Tujuan kuliah ini diadakan adalah bagi memberikan pemantapan kepada pekerja-pekerja MyIPO agar dapat meningkatkan pengetahuan agama khususnya berkaitan permasalahan fiqah, tasawwuf dan aqidah. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan keperibadian mulia dan melahirkan pekerja yang lebih berkualiti dan berintegriti.

Ustaz Salman bin Maskuri

Habib Najmuddin bin Othman al-Khered

Ustaz Muhammad Ali bin Izzuddin

Ustaz Khairullah bin Mamat

Kuliah Muslimat MyIPO

Biro Kerohanian telah menganjurkan Kuliah Muslimat MyIPO di Surau MyIPO bermula pada tahun 2015 ini. Berdasarkan pemerhatian, sambutan terhadap kuliah ini amat memberansangkan. Kuliah agama untuk staf muslimat ini diadakan pada setiap hari Jumaat minggu kedua dan minggu ketiga setiap bulan. Waktu kuliah adalah pada jam 12.30 tengahari sehingga 1.30 petang. Mu’allimah bagi kuliah muslimat ini adalah Ustazah Noor Aminah binti Kamilen.
                 
Tujuan kuliah ini diadakan adalah bagi memberikan pemantapan kepada staf muslimah MyIPO agar dapat meningkatkan pengetahuan agama khususnya berkaitan permasalahan feqah wanita.

Ustazah Noor Aminah binti Kamilen

Ceramah Maal Hijrah


Alhamdulillah, Biro Kerohanian juga telah berjaya menganjurkan Majlis Ceramah Maal Hijrah seperti butiran berikut:
                  
                  Tarikh : 25 Zulhijjah 1436H / 09 Oktober 2015 (Jumaat)
                  Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
                  Tempat : Dewan Akademi Harta Intelek, Aras 12A
                  Penceramah : Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki


Majlis ini bertujuan bagi menyambut kedatangan tahun Hijriyah yang baru iaitu tahun 1437H yang bermula di bulan Muharam yang mana di dalam bulan ini terdapat banyak ibrah yang boleh diambil manfaatnya serta bagi menambahkan semangat dan motivasi kepada warga kerja MyIPO untuk sentiasa membuat perubahan ke arah perkara dan amalan yang lebih baik dalam menghadapi arus kehidupan yang sentiasa punyai cabaran dan dugaan.


Segala puji-pujian syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala atas segala rahmat dan redhaNya, semulia selawat dan salam ke sisi Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam, dengan berkat nur dan kasih sayang Baginda sallallahu’alaihiwasallam dapatlah semua aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian ini mencapai kejayaan. Semua aktiviti yang dijalankan juga tidak akan tercapai andai tiada bantuan daripada biro-biro yang lain dan juga semua ahli kelab.