Friday 25 July 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAZKIRAH KESEDARAN PALESTIN

Pada tarikh 26 Ramadhan 1435H bersamaan 24 Julai 2014, Biro Kerohanian telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Kesedaran Palestin dengan kerjasama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) yang bertempat di Dewan Akademi Harta Intelek.


   


Seramai 72 orang warga MyIPO yang telah dibahagikan kepada 11 kumpulan telah mengikuti program tadarus al-quran ini yang bermula sejak awal Ramadhan. Majlis khatam al-Quran telah diketuai dan dipimpin oleh tenaga pengajar kelas pengajian al-Quran iaitu Ustaz Nasaruddin bin Omar.





Tazkirah Kesedaran Palestin pula diadakan bertujuan supaya warga MyIPO mendapat maklumat yang benar terhadap nasib rakyat Palestin, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang lalu, Gaza sedang teruk diserang oleh Israel Zionis. Oleh yang demikian,Tabung Haluan Palestin juga telah diedarkan semasa majlis ini berlangsung.




Tazkirah ini telah disampaikan oleh Sheikh ‘Asim Abdul Karim Othman dan telah diterjemahkan oleh Ustaz Ali Noor Atif Bin Anuar daripada Biro Haluan Palestin.



Semoga dengan tazkirah kesedaran berkenaan isu di Gaza ini, dapat memberikan maklumat yang benar dan dapat membuka mata kepada warga MyIPO betapa tertindasnya saudara Muslim di Palestin dek kerana kekejaman Israel Zionis.


No comments:

Post a Comment