Showing posts with label Biro Sosial dan Kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label Biro Sosial dan Kebudayaan. Show all posts

Saturday 1 March 2014

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2014 yang lalu merupakan program yang julung kalinya diadakan di MyIPO. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan staf MyIPO mendapat gambaran awal akan tahap kesihatan masing-masing.





Thursday 9 January 2014

PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA 2014

Pada 8 Januari 2014 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara bertempat di Aras 12A, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Program ini telah dijalankan dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada kakitangan MyIPO serta individu luar. Program Derma Darah ini telah dianjurkan buat kali yang kedua di MyIPO. 

Program Derma Darah MyIPO

Program Derma Darah MyIPO

Thursday 19 December 2013

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAHANG


      Baru-baru ini, negara kita telah diuji dengan bencana banjir. Antara negeri yang terjejas teruk adalah Pahang, Johor dan Terengganu. Justeru, atas keprihatinan kelab MyIPO, di bawah Biro Kebajikan serta Biro Sosial & Kebudayaan, aktiviti pengumpulan pakaian terpakai telah diadakan mulai 11 Disember - 13 Disember 2013 di Rumah Kelab Aras 12. Sessi pengasingan dan pembungkusan telah dilakukan oleh sukarelawati dan sukarelawan MyIPO pada 13 Disember 2013.


Bantuan Banjir MyIPO

Thursday 21 February 2013

PROGRAM KONVOI AMAL MOTOSIKAL MyIPO 2013 BERSAMA YAYASAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAERAH PORT DICKSON


Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan program Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013. Konvoi bermula dari lobi bangunan UOA Bangsar (Ibu Pejabat MyIPO) dan tiba di destinasi yang ditetapkan iaitu Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.


Program yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan derma kepada Yasasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.

Program ini disertai 29 motosikal pelbagai jenis dari kalangan kakitangan MyIPO bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 5 petang hari yang sama. Program juga disertai 5 buah motosikal Marshall dari Kelab Rakan Trafik Malaysia sebagai pengiring keselamatan lalulintas bagi konvoi kali ini.

9.30 pagi        -           Perasmian Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013 oleh Pengerusi Kelab MyIPO, En Kamal Kormin. Beliau memberi kata-kata amanat supaya konvoi menjaga nama baik MyIPO dan sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan. Beliau juga berharap program seperti ini dapat dianjuran kembali di masa-masa akan datang serta berhasrat ingin menyertai program ini di masa hadapan.

En Azlan selaku Ketua Marshall memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan laluan dan tanda tangan untuk dipatuhi sepanjang konvoi. Beliau juga memberi penekanan agar para penunggang menjaga keselamatan diri dan konvoi sepanjang masa. Laluan yang dipilih adalah melalui Tol Sungai Besi, Shell Nilai dan kemudian melalui jalan lama ke Port Dickson.

Bacaan doa dibacakan En Mohd Hafiz Azmi supaya konvoi amal ini diberkati dan keselamatan dan kesejahteraan konvoi dirahmati Allah swt. Amin.

Wednesday 28 November 2012

KEMPEN DERMA DARAH 2012


Pada 22 November 2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bertempat di Dewan IPTC, Aras 12A bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang. 

Seramai 65 orang yang telah menderma darah, iaitu penderma lelaki seramai 32 orang manakala penderma wanita seramai 33 orang. Pecahan penderma mengikut kumpulan darah adalah seperti berikut, kumpulan darah B iaitu 21 penderma, O seraamai 20 orang penderma, A seramai 19 orang penderma dan AB seramai 5 orang penderma. 

Pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Semoga program derma darah ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.