Saturday 1 March 2014

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2014 yang lalu merupakan program yang julung kalinya diadakan di MyIPO. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan staf MyIPO mendapat gambaran awal akan tahap kesihatan masing-masing.







Melalui program ini, peserta telah menjalani pemeriksaan awal kesihatan yang melibatkan pemeriksaan jantung, paru-paru, usus, mineral dan kandungan vitamin dalam badan. Melalui program ini juga, peserta diberi peluang mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor berkenaan tahap kesihatan serta panduan pemakanan yang sesuai berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan masing-masing. 








Program ini telah mendapat respons yang sangat positif daripada warga kerja MyIPO. Seramai 129 orang yang telah menghadiri program ini secara umumnya bersetuju bahawa program ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan warga kerja yang prihatin terhadap kesihatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment