Thursday 17 December 2015

POP KUIZ KELAB MyIPO 2015

Klik link berikut sekiranya borang tidak keluar:

https://goo.gl/4MNMzr


Wednesday 8 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA MyIPO 2015

Majlis berbuka puasa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah diadakan pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H bertempat di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai.



Tahun ini merupakan kali kedua MyIPO menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid bersama dengan orang awam disamping menyampaikan sumbangan hari raya kepada golongan yang kurang bernasib baik.


 Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Hj. Manan Ismail selaku Pengerusi MyIPO dan juga ucapan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pn. Shamsiah Kamaruddin, Ketua Pengarah, beberapa orang Anggota Perbadanan, pihak Pengurusan , warga kerja MyIPO dan seramai 600 orang asnaf.


Selain daripada penyampaian sumbangan kepada para asnaf, MyIPO juga turut menghulurkan sumbangan kepada pihak masjid sebagai tanda penghargaan diatas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis berbuka puasa pada tahun ini.

Thursday 30 April 2015

HARI KELUARGA MyIPO 2015- SUNWAY LAGOON PARK

Pada 18 April 2015 yang lalu, telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO yang telah diadakan di Sunway Lagoon Park.



Acara ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 900 orang perserta yang terdiri dari kalangan kakitangan serta ahli keluarga.




Monday 27 April 2015

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA HARI HARTA INTELEK NEGARA 2015

Pada 24 April 2015 (Jumaat) yang lalu, MyIPO telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin di Dewan Ballroom IPA (Tingkat 12A) sempena menyambut Hari Harta Intelek Negara yang bakal disambut pada 26 April 2015. Bacaan Yaasin tersebut telah dipimpin oleh En Fadhil bin Ahmad daripada Seksyen Pemeriksaan Paten Kejuruteraan. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diakhiri dengan Jamuan ringan. Majlis bermula sekitar 8.45 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pg.

Kami dari Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO mendoakan agar HHIN'15 kali ini berlangsung dengan jayanya dan lebih baik dari tahun- tahun sebelumnya. Insyaallah.

Jazakallahu Khairan.





 

Thursday 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015



Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. Lembaran baru 2015 kini dibuka. Segala pahit manis ketika tahun 2014 kita jadikan teladan dan sempadan. Semoga MyIPO dan Kelab MyIPO lebih maju dari tahun- tahun sebelumnya.

Dibawah pentadbiran Ketua Pengarah baru, Pn Shamsiah Kamaruddin, kami kakitangan MyIPO akan memastikan setiap aspirasi yang diutarakan oleh Puan KP akan dilaksanakan dengan jayanya. Insyaallah.

Selamat Maju Jaya dari Biro Penerbitan, Kelab MyIPO.

Wassalam.