Thursday 19 December 2013

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAHANG


      Baru-baru ini, negara kita telah diuji dengan bencana banjir. Antara negeri yang terjejas teruk adalah Pahang, Johor dan Terengganu. Justeru, atas keprihatinan kelab MyIPO, di bawah Biro Kebajikan serta Biro Sosial & Kebudayaan, aktiviti pengumpulan pakaian terpakai telah diadakan mulai 11 Disember - 13 Disember 2013 di Rumah Kelab Aras 12. Sessi pengasingan dan pembungkusan telah dilakukan oleh sukarelawati dan sukarelawan MyIPO pada 13 Disember 2013.


Bantuan Banjir MyIPO



Bantuan Banjir MyIPO

Bantuan Banjir MyIPO
Sukarelawati MyIPO turut membantu mengasingkan mengikut kategori dan membungkus pakaian


     Kira-kira 40 kotak pakaian terpakai dan makanan telah berjaya dikumpulkan dan disumbangkan kepada mangsa banjir di Pahang melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Paya Besar. Sumbangan telah disampaikan pada 15 Disember 2013. Kelab MyIPO turut memberi sumbangan bernilai RM 7000 kepada mangsa banjir di Pahang melalui Pengerusi MyIPO iaitu YB Dato' Hj Abdul Manan Ismail pada perhimpunan bulanan  10 Disember 2013 yang lalu. Semoga dengan sumbangan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut.


     Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk wang,pakaian, makanan mahupun tenaga. Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan atas usaha kalian semua.

No comments:

Post a Comment