Wednesday 22 October 2014

PROGRAM JOM KURUS BERSAMA KEVIN ZAHRI 2014

Seramai 200 orang telah menyertai program “Jom Kurus bersama Kevin Zahri” yang telah diadakan pada 21 Oktober 2014 bertempat di IPA, Tingkat 12A Menara UOA, Bangsar. Program ini telah diberikan oleh Kevin Zahri yang merupakan Cikgu Fitness yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih, hos TV, penceramah dan penulis kecergasan. Beliau merupakan pengasas Program Jom Kurus 1 Malaysia.





Program bermula pada pukul 9.15 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Kevin Zahri telah berkongsi tips-tips berkenaan diet secara sihat dan pelbagai maklumat yang menarik berkaitan dengan pemakanan dan cara hidup yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk memberikesedaran yang berterusan




No comments:

Post a Comment