Monday 27 August 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN



Pada 14 Ogos 2012 (Selasa) bersamaan 25 Ramadhan 1433 Hijrah, Kelab Sukan dan Kebajikan melalui Biro Kerohanian telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Ballroom IPTC (Aras 12A) sempena menyambut Ramadhan. Ustaz Nasaruddin Omar telah dijemput khas untuk bersama-sama mengiringi majlis bersama warga MyIPO yang terdiri daripada tiga kumpulan lelaki diketuai oleh En. Noorhisham Othman, En. Mohd Fadzil Ahmad dan En. Hamim Nasoha. Turut serta juga 7 kumpulan wanita yang diketuai oleh Cik Nirwani Rahman, Pn. Nor Seri Mohamad, Pn. Zuriah Masrom, Pn. Salasiah Othman, Cik Noraini Murti Ibrahim, Cik Azlina Abdul Hamid dan Pn. Rosniza Othman.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Nasaruddin Omar. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah MyIPO, Ybhg. Dato’ Azizan Mohamad Sidin diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) iaitu Tuan Haji Mohd Shahar Osman kepada Ustaz Nasaruddin Omar. Sesi bergambar para peserta lelaki dan wanita bersama Ustaz Nasaruddin Omar diadakan sebagai kenangan dan  diakhiri dengan solat Zuhur berjemaah. Majlis bermula pada 12.45 tengahari dan berakhir jam 2.00 petang.





Saturday 21 July 2012

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA RAMADHAN

Pada 19 Julai 2012 (Khamis), Biro Kerohanian Kelab MyIPO telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di Dewan Ballroom IPTC (Tingkat 12A) sempena menyambut Ramadhan. Bacaan Yaasin tersebut telah dipimpin oleh En Fadhil bin Ahmad daripada Seksyen Pemeriksaan Paten Kejuruteraan. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Yaasin diikuti Solat Zohor berjemaah,Solat Hajat dan Jamuan. Majlis bermula sekitar 12.45 t/hari dan berakhir jam 2.00 ptg.

Biro Kebajikan turut melancarkan Tabung Kebajikan Kelab MyIPO bagi membantu ahli-ahli kelab yang memerlukan.