Thursday 10 January 2013

KEMBARA ATV - KEMENSAH, HULU KELANG (25 DISEMBER 2012)


Pada 25 Disember 2012 yang lalu, Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO di bawah Biro Kembara MyIPO telah mengadakan Aktiviti Kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kemensah, Hulu Kelang Kuala Lumpur. Kembara yang berlangsung selama satu setengah jam tersebut telah disertai seramai 20 orang  peserta yang terdiri dikalangan warga MyIPO.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberikan taklimat dan cara menggunakan kenderaan oleh En. Mas Fadzillah Khan bin Ali. Taklimat ini penting kerana para peserta akan melalui laluan yang sukar ketika aktiviti ini berjalan di mana ianya memerlukan fokus setiap peserta. Terdapat pelbagai jenis laluan yang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta terutamanya laluan 7-tiers Waterfall.

Setelah berjaya mengharungi laluan mencabar, para peserta berhenti di check point akhir sambil menikmati pemandangan sekitar. Berikut disertakan foto kenangan sepanjang aktiviti ini berjalan.





Monday 7 January 2013

HARI KELUARGA MyIPO 2012 (22 DISEMBER 2012)


Pada 22 Disember 2012 (Sabtu) , Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah menganjurkan Hari Keluarga MyIPO di i-City Waterworld Theme Park, Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh  Pengerusi MyIPO iaitu YB Dato’ Hj Abdul Manan Ismail.


Hari Keluarga MyIPO dianjurkan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan kakitangan MyIPO dan ahli keluarga . Seramai kira-kira 700 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MyIPO dan juga keluarga telah menyertai Hari Keluarga MyIPO pada kali ini . 

Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh urusetia seperti Cabutan Bertuah, Sukaneka, Nyanyian Karaoke dan Senamrobik. Rata- rata peserta amat berpuashati dengan penganjuran Hari Keluarga ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan dari warga MyIPO untuk penganjuran yang akan datang. Berikut diselitkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera jurufoto yang bertugas.