Monday 11 March 2013

KURSUS ASAS MEMBUAT ROTI

Pada 8 Mac 2013, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Wanita  telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Asas Membuat Roti. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Makan Pusat Latihan Harta Intelek Malaysia pada jam 12.15 tengahari hingga jam 2.45 petang. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara dan teknik membuat pelbagai roti. 

Antara resepi roti yang diajar adalah Roti Shanghai Bun, Roti Wholemeal dan Pizza. Bengkel ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan ahli Kelab MyIPO. Bengkel ini telah mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada Puan Nor Izwah dan Puan Huda yang mempunyai pengalaman dalam pembelajaran membuat roti.

Thursday 7 March 2013

PROGRAM CERAMAH SEMPENA ULANGTAHUN KE – 10 MyIPO 2013


             

Pada 1 Mac 2013 yang lalu bersempena dengan Ulangtahun MyIPO yang ke 10, Biro Kerohanian Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan program ceramah bagi pengisian rohani. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin (Ustaz Bollywood) . Beliau telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Batasan Bersosial’. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga MyIPO.
Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah maksud sosial, tujuan dan batasan bersosial. Sosial bermaksud pergaulan antara masyarakat sekeliling sama ada secara terus atau pun jarak jauh (seperti chatting, skype dan facebook). Islam menggalakkan umatnya bersosial dalam kerjasama untuk kebaikan, menjadikan hubungan baik dengan masyarakat sebagai ibadah dengan menjaga batasan syariah. Sekiranya pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak dibatasi, banyak keburukan yang akan berlaku seperti perpecahan dalam institusi keluarga. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.