Monday 23 June 2014

HARI KELUARGA MyIPO 2014 (21 JUN 2014)

Pada 21 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO yang bertempat di Desa Water Theme Park, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja MyIPO dan ahli keluarga.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail. Dalam ucapan perasmian YB Pengerusi MyIPO, beliau menyatakan bahawa program hari keluarga ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan memperkukuhkan organisasi MyIPO disamping berhibur bersama keluarga.

Kali terakhir program sebegini dianjurkan adalah pada Disember 2012.

Friday 16 May 2014

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO MEI 2014

Pada 15 Mei 2014 yang lalu, telah berlangsung perhimpunan bulanan bagi warga MyIPO. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi. Perhimpunan bulanan ini telah dianjurkan oleh warga MyIPO dari Aras 16 melibatkan seksyen pemeriksaan paten Sains dan Kejuruteraan. 

Bermula dari perhimpunan ini, perhimpunan bulanan  akan dianjurkan oleh warga MyIPO mengikut aras yang berbeza. Penganjuran akan dinilai dan diberi markah bagi menentukan aras yang terbaik dalam penganjuran perhimpunan bulanan. Penganjur terbaik akan menerima hadiah yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan kelak.

Berikut disertakan gambar- gambar sepanjang perhimpunan tersebut.