Monday 21 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA & PEMBAHAGIAN BUBUR LAMBUK MyIPO 2014

Pada 17 Julai 2014 yang lalu, telah berlangsung Majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertempat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Program ini dimulakan dengan acara pembahagian bubur lambuk di sekitar Lobi Utama, Menara UOA Bangsar. Acara pembahagian bubur lambuk ini disempurnakan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail.


Program ini diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Majlis turut meraikan 41 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal. Dato' Pengerusi juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang hadir ini.


Program yang diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar ini merupakan antara program CSR MyIPO yang sentiasa diadakan saban tahun. Disertakan bersama gambar- gambar ketika Majlis berlangsung.

Monday 23 June 2014

HARI KELUARGA MyIPO 2014 (21 JUN 2014)

Pada 21 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO yang bertempat di Desa Water Theme Park, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja MyIPO dan ahli keluarga.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail. Dalam ucapan perasmian YB Pengerusi MyIPO, beliau menyatakan bahawa program hari keluarga ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan memperkukuhkan organisasi MyIPO disamping berhibur bersama keluarga.

Kali terakhir program sebegini dianjurkan adalah pada Disember 2012.