Wednesday 8 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA MyIPO 2015

Majlis berbuka puasa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah diadakan pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H bertempat di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai.



Tahun ini merupakan kali kedua MyIPO menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid bersama dengan orang awam disamping menyampaikan sumbangan hari raya kepada golongan yang kurang bernasib baik.


 Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Hj. Manan Ismail selaku Pengerusi MyIPO dan juga ucapan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pn. Shamsiah Kamaruddin, Ketua Pengarah, beberapa orang Anggota Perbadanan, pihak Pengurusan , warga kerja MyIPO dan seramai 600 orang asnaf.


Selain daripada penyampaian sumbangan kepada para asnaf, MyIPO juga turut menghulurkan sumbangan kepada pihak masjid sebagai tanda penghargaan diatas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis berbuka puasa pada tahun ini.

Thursday 30 April 2015

HARI KELUARGA MyIPO 2015- SUNWAY LAGOON PARK

Pada 18 April 2015 yang lalu, telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO yang telah diadakan di Sunway Lagoon Park.



Acara ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 900 orang perserta yang terdiri dari kalangan kakitangan serta ahli keluarga.