Saturday 22 June 2013

MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013 - Siri 1


     Pada tahun 2013, buat julung-julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan Mini Karnival Sukan MyIPO yang bermula 22 Jun 2013 dan berakhir pada 14 September 2013.Mini Karnival Sukan ini dianjurkan bertujuan menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan MyIPO dan salah satu usaha mencungkil bakat-bakat sukan yang berpotensi sebagai persediaan menghadapi Sukan Antara Agensi KPDNKK pada tahun 2014. Setiap kakitangan MyIPO telah dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Hijau, Jingga, Merah dan Ungu. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah congkak, dart, ping-pong,dam aji, karom (Indoor Games), boling, futsal,badminton, bola tampar, bola sepak dan bola jaring.

      Sekitar pertandingan sukan dalaman(Indoor games) yang telah diadakan pada 22 Jun 2013(Sabtu) bertempat di Dewan IPTC Aras 12A, Menara UOA BAngsar.











   
    Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh para peserta bagi memastikan kemenangan berpihak pada rumah sukan yang diwakili.Bagi peringkat sukan dalaman(Indoor games), rumah merah telah mendahului dengan pungutan 11 mata.Diikuti rapat rumah ungu dengan 10 mata dan hijau 9 mata keseluruhan. Pertandingan sukan diteruskan dengan acara-acara berikut :

(a) 29 Jun 2013                           : Boling bertempat di Cosmic Bowl, Midvalley
(b) 7 September 2013                 : Futsal dan Badminton di Centremart, Setapak 
(c) 14 September 2013 (pagi)      : Bola Tampar, Bola Jaring dan Bola Sepak di INSPEN
(d) 14 September 2013 (petang) : Majlis Hi Tea Penutup Karnival Sukan MyIPO di Pusat 
                                                    Maritim Putrajaya

No comments:

Post a Comment