Thursday 21 February 2013

PROGRAM KONVOI AMAL MOTOSIKAL MyIPO 2013 BERSAMA YAYASAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAERAH PORT DICKSON


Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan program Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013. Konvoi bermula dari lobi bangunan UOA Bangsar (Ibu Pejabat MyIPO) dan tiba di destinasi yang ditetapkan iaitu Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.


Program yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan derma kepada Yasasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson.

Program ini disertai 29 motosikal pelbagai jenis dari kalangan kakitangan MyIPO bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 5 petang hari yang sama. Program juga disertai 5 buah motosikal Marshall dari Kelab Rakan Trafik Malaysia sebagai pengiring keselamatan lalulintas bagi konvoi kali ini.

9.30 pagi        -           Perasmian Konvoi Amal Motosikal MyIPO 2013 oleh Pengerusi Kelab MyIPO, En Kamal Kormin. Beliau memberi kata-kata amanat supaya konvoi menjaga nama baik MyIPO dan sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan. Beliau juga berharap program seperti ini dapat dianjuran kembali di masa-masa akan datang serta berhasrat ingin menyertai program ini di masa hadapan.

En Azlan selaku Ketua Marshall memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan laluan dan tanda tangan untuk dipatuhi sepanjang konvoi. Beliau juga memberi penekanan agar para penunggang menjaga keselamatan diri dan konvoi sepanjang masa. Laluan yang dipilih adalah melalui Tol Sungai Besi, Shell Nilai dan kemudian melalui jalan lama ke Port Dickson.

Bacaan doa dibacakan En Mohd Hafiz Azmi supaya konvoi amal ini diberkati dan keselamatan dan kesejahteraan konvoi dirahmati Allah swt. Amin.

Wednesday 16 January 2013

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI JANUARI 2013



         

Pada 10 Januari 2013 yang lalu, telah diadakan Perhimpunan Bulanan MyIPO bulan Januari di Dewan IPTC,Tingkat 12A, Menara UOA Bangsar anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan. Perhimpunan ini adalah perhimpunan pertama bagi warga MyIPO sempena tahun baru 2013. Majlis diserikan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah MyIPO Dato’ Azizan Mohamad Sidin. 


Sempena tahun baru 2013 ini, Dato' Ketua Pengarah meletakkan sasaran baru bagi pendapatan MyIPO serta memperkenalkan dasar kerja baru iaitu Leading Together disamping dasar sedia ada iaitu Working as One yang menjadi asas kepada transformasi kualiti kerja warga MyIPO. Majlis turut memberi penghargaan kepada staff baru MyIPO dan diikuti dengan penyampaian hadiah anak-anak cemerlang PMR 2012 kepada anak-anak staff yang cemerlang. 


Senarai penerima Hadiah Cemerlang PMR adalah seperti berikut :

1. Goh Yue Kim anak kepada Encik Goh Kim Hoe (Cap Dagangan), 8A.

2. Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam, anak kepada Puan Noormaya binti Othman 
(Reka Bentuk   Perindustrian), 7A 1B.

3. Dash Mesh Singh Judge a/l Kuljit Singh, anak kepada Encik Kuljit Singh a/l Ojagar Singh 
(Cap Dagangan), 6A 1B.

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada salah seorang staff MyIPO yang baru melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2012 yang lalu iaitu Pn. Sudiana Mohamad (Cawangan Sarawak). Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.