Thursday 28 March 2013

MESYUARAT AGUNG KELAB MyIPO KALI KE-7


Pada 27 Mac 2013 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Dewan IPTC Aras 12A Menara UOA Bangsar telah diadakan satu Mesyuarat Agung Kelab MyIPO kali ke-7. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Presiden Kelab iaitu En. Kamal Kormin dan seterusnya diikuti ucapan perasmian oleh Penaung Kelab MyIPO, YBhg Dato’ Azizan Mohamad Sidin.

Antara kandungan ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Penaung Kelab ialah berkenaan komitmen terhadap kerja secara sukarela. Beliau menyatakan bahawa amalan kerja secara sukarela ini semakin hari semakin hilang secara umumnya dengan mengambil kira tuntutan ahli terhadap ganjaran setelah melakukan sesuatu perkara. Beliau mengharapkan situasi ini tidak wujud di Kelab MyIPO memandangkan berlakunya peningkatan yang positif terhadap sambutan dan penyertaan ahli kelab dalam aktiviti dan program yang dianjurkan. Beliau juga menyatakan bahawa pengalaman kerja dalam persatuan adalah merupakan satu nilai tambah dalam menilai potensi diri seseorang dan boleh digunapakai sekiranya seseorang itu dinilai bagi kenaikan pangkat, memohon jawatan dan sebagainya.

Monday 25 March 2013

KEJOHANAN FUTSAL MAKSWIP MAC 2013

Pada 23 dan 24 Mac yang lalu, telah berlangsung satu kejohanan Futsal anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Kejohanan ini adalah merupakan acara tahunan dan melibatkan badan- badan kerajaan serta agensi.


Pasukan Futsal MyIPO tidak terkecuali dalam menyertai kejohanan ini. Keputusan yang diperoleh adalah memberangsangkan dimana pasukan Futsal MyIPO berjaya mara ke pusingan kalah mati setelah  melayakkan diri ketika saingan kumpulan.