Thursday 28 March 2013

MESYUARAT AGUNG KELAB MyIPO KALI KE-7


Pada 27 Mac 2013 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Dewan IPTC Aras 12A Menara UOA Bangsar telah diadakan satu Mesyuarat Agung Kelab MyIPO kali ke-7. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Presiden Kelab iaitu En. Kamal Kormin dan seterusnya diikuti ucapan perasmian oleh Penaung Kelab MyIPO, YBhg Dato’ Azizan Mohamad Sidin.

Antara kandungan ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Penaung Kelab ialah berkenaan komitmen terhadap kerja secara sukarela. Beliau menyatakan bahawa amalan kerja secara sukarela ini semakin hari semakin hilang secara umumnya dengan mengambil kira tuntutan ahli terhadap ganjaran setelah melakukan sesuatu perkara. Beliau mengharapkan situasi ini tidak wujud di Kelab MyIPO memandangkan berlakunya peningkatan yang positif terhadap sambutan dan penyertaan ahli kelab dalam aktiviti dan program yang dianjurkan. Beliau juga menyatakan bahawa pengalaman kerja dalam persatuan adalah merupakan satu nilai tambah dalam menilai potensi diri seseorang dan boleh digunapakai sekiranya seseorang itu dinilai bagi kenaikan pangkat, memohon jawatan dan sebagainya.



Mesyuarat Agung Kelab dimulakan dengan pembentangan Laporan Aktiviti Kelab dari Mac 2012 sehingga Mac 2013 daripada setiap Ketua Biro seterusnya pembentangan Laporan Kewangan Kelab oleh Bendahari Kelab. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Sajaratul Ariffin b Rahmat.

Sebelum penangguhan sesi mesyuarat agung kali ke-7, satu acara cabutan bertuah dengan hadiah berupa Dinar Emas telah diadakan dan 3 orang ahli kelab telah terpilih iaitu:

1) Noor Farrawiza bt Mohamed Zabidi
2) Munirra bt Zulkifley
3) Zakariah b Mat Noor

Majlis bersurai pada jam 4 petang.








No comments:

Post a Comment