Friday 20 September 2013

PENUTUP MINI KARNIVAL SUKAN MyIPO 2013


Pada 14 September 2013, bertempat di Pusat Maritim, Putrajaya telah diadakan Majlis Penutup Mini Karnival Sukan MyIPO 2013. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi MyIPO iaitu YB Dato' Haji Abdul Manan bin Ismail serta Ketua Pengarah MyIPO, Dato' Azizan bin Mohamad Sidin.



 

     Sebelum upacara penyampaian hadiah, setiap rumah sukan telah membuat persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan. Ada pantomin, tarian, dikir barat dan boria. Kesungguhan Rumah Hijau yang telah mempersembahkan pantomin dan tarian telah menarik hati juri dan menjadikan rumah hijau juara kategori persembahan.






    Juara keseluruhan bagi Mini Karnival Sukan MyIPO 2013 kali ini telah dimenangi rumah merah yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai RED ENGINE.Tempat Kedua dimenangi Rumah Ungu manakala tempat ketiga pula rumah Hijau. Semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh semua pasukan adalah sangat memberangsangkan. Semoga kejayaan ini akan melakar lebih banyak kejayaan buat MyIPO dalam bidang sukan khususnya...




Majulah Sukan Untuk MyIPO !

No comments:

Post a Comment