Pada 1 Mac 2013 yang lalu bersempena dengan Ulangtahun MyIPO yang ke 10, Biro Kerohanian Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan program ceramah bagi pengisian rohani. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin (Ustaz Bollywood) . Beliau telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Batasan Bersosial’. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga MyIPO.
Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah maksud sosial, tujuan dan batasan bersosial. Sosial bermaksud pergaulan antara masyarakat sekeliling sama ada secara terus atau pun jarak jauh (seperti chatting, skype dan facebook). Islam menggalakkan umatnya bersosial dalam kerjasama untuk kebaikan, menjadikan hubungan baik dengan masyarakat sebagai ibadah dengan menjaga batasan syariah. Sekiranya pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak dibatasi, banyak keburukan yang akan berlaku seperti perpecahan dalam institusi keluarga. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.