Monday 21 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA & PEMBAHAGIAN BUBUR LAMBUK MyIPO 2014

Pada 17 Julai 2014 yang lalu, telah berlangsung Majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertempat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Program ini dimulakan dengan acara pembahagian bubur lambuk di sekitar Lobi Utama, Menara UOA Bangsar. Acara pembahagian bubur lambuk ini disempurnakan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail.


Program ini diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Majlis turut meraikan 41 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal. Dato' Pengerusi juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang hadir ini.


Program yang diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar ini merupakan antara program CSR MyIPO yang sentiasa diadakan saban tahun. Disertakan bersama gambar- gambar ketika Majlis berlangsung.

Monday 23 June 2014

HARI KELUARGA MyIPO 2014 (21 JUN 2014)

Pada 21 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MyIPO yang bertempat di Desa Water Theme Park, Kuala Lumpur. Acara ini telah dihadiri oleh 600 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja MyIPO dan ahli keluarga.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, YB Dato' Haji Abdul Manan Ismail. Dalam ucapan perasmian YB Pengerusi MyIPO, beliau menyatakan bahawa program hari keluarga ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dan memperkukuhkan organisasi MyIPO disamping berhibur bersama keluarga.

Kali terakhir program sebegini dianjurkan adalah pada Disember 2012.

Friday 16 May 2014

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO MEI 2014

Pada 15 Mei 2014 yang lalu, telah berlangsung perhimpunan bulanan bagi warga MyIPO. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi. Perhimpunan bulanan ini telah dianjurkan oleh warga MyIPO dari Aras 16 melibatkan seksyen pemeriksaan paten Sains dan Kejuruteraan. 

Bermula dari perhimpunan ini, perhimpunan bulanan  akan dianjurkan oleh warga MyIPO mengikut aras yang berbeza. Penganjuran akan dinilai dan diberi markah bagi menentukan aras yang terbaik dalam penganjuran perhimpunan bulanan. Penganjur terbaik akan menerima hadiah yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan kelak.

Berikut disertakan gambar- gambar sepanjang perhimpunan tersebut.




CARTA ORGANISASI AJK KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MYIPO 2014/2016

Pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan MyIPO bagi sesi 2014/2016 telah berjalan dengan jayanya. Berikut dilampirkan carta organisasi bagi jawatankuasa yang baru.

Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada jawatankuasa sesi 2012/2014 dan selamat maju jaya bagi jawatankuasa yang baru ini.


Saturday 1 March 2014

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2014 yang lalu merupakan program yang julung kalinya diadakan di MyIPO. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan staf MyIPO mendapat gambaran awal akan tahap kesihatan masing-masing.





Thursday 9 January 2014

PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA 2014

Pada 8 Januari 2014 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara bertempat di Aras 12A, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Program ini telah dijalankan dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada kakitangan MyIPO serta individu luar. Program Derma Darah ini telah dianjurkan buat kali yang kedua di MyIPO. 

Program Derma Darah MyIPO

Program Derma Darah MyIPO

Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Kelab Kebajikan & Sukan MyIPO mengucapkan Selamat tahun baru 2014 kepada ahli Kelab MyIPO! Semoga tahun ini Kelab MyIPO akan lebih cemerlang dan berjaya berbanding tahun- tahun sebelumnya.

2014 Kelab MyIPO

Monday 30 December 2013

SENARAI KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN 2013

Biro Sukan di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bola sepak sepanjang tahun 2013. Untuk itu, pasukan bola sepak MyIPO telah menjalani latihan fizikal & intensif untuk perlawanan persahabatan tersebut disamping sebagai persediaan menghadapi kejohanan karnival sukan KPDNKK dan MAKSWIP.
                Pasukan bola sepak MyIPO telah menunjukkan permainan berpasukan yang baik dan komitmen yang tinggi pada perlawanan persahabatan tersebut. Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah disertai:

Bolasepak MyIPO

Friday 20 December 2013

KEJOHANAN BOLASEPAK MAKSWIP 2013, ARAU, PERLIS

Pada 12-15 Disember 2013 yang lalu, Pasukan Bolasepak MyIPO telah menyertai Kejohanan Bolasepak MAKSWIP 2013 bertempat di Arau, Perlis.


Berikut disenaraikan keputusan setiap perlawanan yang diharungi pasukan bolasepak MyIPO.

Peringkat Kumpulan 
Perlawanan 1          MyIPO                       0          VS       ARKIB          0
Perlawanan 2          MyIPO                       1          VS       KPDNKK        0
Perlawanan 3          MyIPO                       1          VS       JAWI              1

*MyIPO berkongsi mata dengan JAWI (penentuan Johan/N. johan Kumpulan ditentukan dengan lambungan syiling)
*MyIPO tewas dalam lambungan syiling (Keputusan 1-2)

Thursday 19 December 2013

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAHANG


      Baru-baru ini, negara kita telah diuji dengan bencana banjir. Antara negeri yang terjejas teruk adalah Pahang, Johor dan Terengganu. Justeru, atas keprihatinan kelab MyIPO, di bawah Biro Kebajikan serta Biro Sosial & Kebudayaan, aktiviti pengumpulan pakaian terpakai telah diadakan mulai 11 Disember - 13 Disember 2013 di Rumah Kelab Aras 12. Sessi pengasingan dan pembungkusan telah dilakukan oleh sukarelawati dan sukarelawan MyIPO pada 13 Disember 2013.


Bantuan Banjir MyIPO

Wednesday 11 December 2013

JAWAPAN & SENARAI PEMENANG PERADUAN TEKA SILANGKATA 2013

L
O
2 G
A
M
A
Y
A
A

R





K

A

3 G



S

4  T
I
R
I
S

A

I

A


S
N

S

F


E
A



I


N

D
E
N
T
I
N
G

E


I


G

N





A

A





N
L
I
K
A
S


G













Friday 6 December 2013

PERADUAN TEKA SILANG KATA 2013

Masa & Tarikh Disiarkan : 3.30 petang, 6 Disember 2013 (Jumaat)
Masa & Tarikh Tutup Penyertaan : 12 tghari, 9 Disember 2013 (Isnin)


MELINTANG
1.Fenomena biasan.
4.Lawan bagi kalis.
6.Bunyi syiling jatuh ke batu.
7.Alat penggulung benang yang baru dipintal.

MENEGAK
1.Wajahnya bagai bulan purnama. Sinonim bagi bagai.
2.Percuma.
3.Kata-kata atau lukisan yang diconteng di tempat awam seperti tembok bangunan.
5.Tidak sibuk.
6.Bekas jejak binatang di hutan.

Wednesday 4 December 2013

BENGKEL ASAS GUNTING RAMBUT(UNISEX)


        Pada 30 November 2013 (Sabtu), Biro Wanita Kelab MyIPO telah menganjurkan Bengkel Asas Gunting Rambut di Bilik Tulip Aras 12A. Bengkel ini telah bermula sekitar jam 9.30 pagi sehingga 5 petang. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada ahli kelab MyIPO yang berminat untuk menambah ilmu asas berkaitan gunting rambut untuk dipraktikkan sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.


     

Teknik memegang gunting


Wednesday 6 November 2013

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H BERTAJUK "INDAHNYA BERHIJRAH"

Pada 6 November 2013 yang lalu bersempena dengan Sambutan Maal HIjrah 1435H, Kelab Sukan dan Kebajikan MyIPO melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan program ceramah bagi pengisian rohani. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa iaitu perunding motivasi kekeluargaan, kerjaya, kemasyarakatan dan perubatan Islam yang turut terkenal dengan program beliau di televisyen iaitu Program Al-Kuliyyah di TV3 di samping terbabit sebagai duta produk makanan dan minuman kesihatan iaitu Jus Tok Guru. Beliau telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Indahnya Berhijrah’. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga MyIPO keseluruhannya.


Sunday 3 November 2013

PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG KINABALU, SABAH 2013


      Pada 26-29 Oktober 2013,  Biro Kembara Kelab Sukan Dan Kebajikan MyIPO telah mengadakan program IP Climb bersempena ulangtahun ke-10 MyIPO. Seramai 30 peserta telah menyertai program mendaki Gunung Kinabalu ini. Pada hari Sabtu (26 Oktober 2013), para peserta telah berkumpul di KLIA seawal jam 7.30 pagi dan berlepas ke Kota Kinabalu sekitar jam 9.00 pagi. Mereka tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 12.35 tgh. Taklimat daripada Mountain Guide telah diadakan pada sebelah malamnya.




Para peserta sedang mendengar taklimat





             Keesokan harinya, pendakian dimulai dengan bacaan doa dan penyerahan bendera kelab oleh Presiden Kelab MyIPO, En Kamal Kormin sekitar jam 9.00 pagi di Timpohon Gate. Para pendaki mengambil masa kira-kira 6 jam untuk sampai ke Laban Rata. Para pendaki telah mendaftar masuk ke asrama penginapan di Laban Rata (Guntung Lagadan Hut) untuk melepaskan lelah.